Yesus Dipermuliakan
2 2 Ptr 1.17-18Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. Ketika mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. 3 Pakaian-Nya menjadi putih bersinar-sinar. Tiada sesiapa pun di bumi dapat membasuh kain sehingga menjadi seputih itu. 4 Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. 5 Petrus berkata kepada Yesus, "Guru, sungguh baik kami di sini. Kami akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Guru, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia." 6 Sebenarnya Petrus tidak mengetahui apa yang harus dikatakannya, kerana dia dan kedua-dua orang kawannya sangat takut.
7 Mat 3.17;Mrk 1.11;Luk 3.22Lalu awan meliputi mereka dan terdengar suara dari awan berkata, "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dengarkanlah Dia!" 8 Mereka melihat di sekeliling, tetapi tidak nampak sesiapa pun bersama-sama mereka kecuali Yesus.
9 Ketika mereka turun dari gunung itu, Yesus memperingatkan mereka, "Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu nampak, selagi Anak Manusia belum bangkit daripada kematian."
10 Mereka menurut perintah-Nya, tetapi mula mempersoalkan makna "bangkit daripada kematian". 11 Mal 4.5;Mat 11.14Mereka bertanya kepada Yesus, "Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?"
12 Yesus menjawab, "Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. Tetapi, mengapa di dalam Alkitab tertulis bahawa Anak Manusia akan mengalami banyak penderitaan serta dihina orang? 13 Aku berkata kepada kamu: Elia sudah datang dan orang memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Hal itu tepat seperti yang tertulis di dalam Alkitab tentang dirinya."