Pular para o conteúdo
Publicidade

Markus 9:33-37

TMVR Alkitab Berita Baik

Siapa yang Terbesar?

33 Mereka tiba di Kapernaum. Setelah mereka masuk ke rumah, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Apakah yang kamu persoalkan di tengah jalan tadi?"

34 Luk 22.24Mereka tidak menjawab, kerana sewaktu dalam perjalanan, mereka mempersoalkan siapa yang terbesar. 35 Mat 20.26-27,23.11;Mrk 10.43-44;Luk 22.26Yesus duduk,duduk: Pada zaman itu orang Yahudi duduk jika hendak mengajar. lalu memanggil dua belas orang pengikut-Nya. Dia berkata kepada mereka, "Sesiapa yang mahu menjadi pertama, mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba semua orang." 36 Setelah itu Dia memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka, 37 Mat 10.40;Luk 10.16;Yoh 13.20"Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku. Sesiapa yang menyambut Aku, menyambut bukan Aku sahaja, tetapi juga Allah yang mengutus Aku."

Em outras traduções

  1. TMVRD Alkitab Berita Baik (Katolik)

    33 Mereka tiba di Kapernaum. Setelah mereka masuk ke rumah, Yesus bertanya kepada pengikut-pengikut-Nya, "Apakah yang kamu persoalkan di tengah jalan tadi?"

    34 Mereka tidak menjawab, kerana sewaktu dalam perjalanan, mereka mempersoalkan siapa yang terbesar. 35 Yesus duduk, lalu memanggil dua belas orang pengikut-Nya. Dia berkata kepada mereka, "Sesiapa yang mahu menjadi pertama, mesti menjadi yang terakhir dan menjadi hamba semua orang." 36 Setelah itu Dia memanggil seorang kanak-kanak, lalu menyuruhnya berdiri di hadapan mereka semua. Yesus memeluk kanak-kanak itu sambil berkata kepada mereka, 37 "Sesiapa yang menyambut kanak-kanak seperti ini kerana Aku, menyambut Aku. Sesiapa yang menyambut Aku, menyambut bukan Aku sahaja, tetapi juga Allah yang mengutus Aku."

Direitos das traduções citadas
Todos os capítulos de Markus 16
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.