Ibu dan Saudara-Saudara Yesus
46 Sementara Yesus berkata-kata dengan orang ramai, ibu dan saudara-saudara-Nya tiba. Mereka berdiri di luar dan ingin bercakap dengan Yesus. 47 Seorang daripada orang ramai itu memberitahu Yesus bahawa ibu dan saudara-saudara-Nya hendak bercakap dengan Dia.Dalam beberapa buah naskhah kuno tidak terdapat ayat 47.
48 Tetapi Yesus berkata, "Siapakah ibu-Ku? Siapakah saudara-saudara-Ku?" 49 Lalu Dia menunjuk kepada pengikut-pengikut-Nya dan berkata, "Lihat, inilah ibu-Ku dan saudara-saudara-Ku. 50 Sesiapa melakukan kehendak Bapa-Ku yang di syurga, orang itu saudara lelaki, saudara perempuan, dan ibu-Ku."