Maksud Yesus Menggunakan Perumpamaan
10 Kemudian pengikut-pengikut Yesus datang dan bertanya kepada-Nya, "Mengapa Guru menggunakan perumpamaan ketika berkata-kata kepada orang ramai?"
11 Yesus menjawab, "Kamu telah diberikan anugerah untuk mengetahui rahsia tentang bagaimana Allah memerintah,Tentang bagaimana Allah memerintah; Harfiah: Kerajaan Syurga. sedangkan mereka tidak. 12 Mat 25.29;Mrk 4.25;Luk 8.18,19.26Seseorang yang mempunyai sesuatu akan diberikan lebih banyak lagi, supaya dia beroleh lebih daripada cukup. Tetapi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa, sedikit yang ada padanya akan diambil juga. 13 Itulah sebabnya Aku menggunakan perumpamaan ketika berkata-kata kepada orang ramai, kerana mereka melihat tetapi tidak nampak dan mereka mendengar tetapi tidak mengerti. 14 Dengan perbuatan mereka itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,
‘Allah berfirman:
Mereka akan mendengar dan mendengar,
tetapi tidak faham;
mereka akan melihat dan melihat,
tetapi tidak nampak,
15 Yes 6.9-10kerana seolah-olah fikiran mereka tumpul;
telinga pekak, dan mata buta.
Jika mereka tidak demikian,
tentu mata mereka akan melihat,
telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti,
sehingga mereka kembali kepada-Ku,
dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’
16 Tetapi kamu sangat bertuah! Mata kamu melihat dan telinga kamu mendengar. 17 Luk 10.23-24Ketahuilah! Banyak nabi dan orang yang melakukan kehendak Allah ingin melihat apa yang kamu lihat sekarang ini, tetapi tidak dapat melihatnya. Mereka ingin mendengar apa yang kamu dengar tetapi tidak dapat mendengarnya."