14 Dengan perbuatan mereka itu berlakulah nubuat Nabi Yesaya,
‘Allah berfirman:
Mereka akan mendengar dan mendengar,
tetapi tidak faham;
mereka akan melihat dan melihat,
tetapi tidak nampak,
15 Yes 6.9-10kerana seolah-olah fikiran mereka tumpul;
telinga pekak, dan mata buta.
Jika mereka tidak demikian,
tentu mata mereka akan melihat,
telinga akan mendengar, dan fikiran boleh mengerti,
sehingga mereka kembali kepada-Ku,
dan Aku pun akan menyembuhkan mereka.’