3 Yesus menjawab, "Mengapa kamu tidak menurut perintah Allah, tetapi menurut ajaran kamu sendiri? 4 Kel 20.12,21.17;Ul 5.16;Im 20.9Allah berfirman, ‘Hormatilah ibu bapamu,’ dan ‘Orang yang mencaci ibu bapa mesti dihukum mati.’ 5 Tetapi kamu mengajarkan: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, ‘Apa yang seharusnya saya gunakan untuk menolong ayah dan emak, sudah saya persembahkan kepada Allah,’ 6 maka orang itu tidak perlu menghormati bapanya. bapanya: Beberapa buah naskhah kuno:bapa atau ibunya. Demikianlah kamu meniadakan firman Allah untuk menurut ajaran kamu sendiri. 7 Kamu munafik! Tepat sekali apa yang dikatakan oleh Nabi Yesaya tatkala dia bernubuat tentang kamu!
8 Allah berfirman, ‘Semua orang ini menghormati Aku dengan kata-kata,
tetapi hati mereka sebenarnya jauh daripada-Ku.
9 Yes 29.13Sia-sialah mereka menyembah Aku,
kerana peraturan manusia diajarkan oleh mereka
seolah-olah peraturan itu hukum Allah!’ "