Pular para o conteúdo
Publicidade

Matius 16

Ragi Orang Farisi dan Saduki

5 Apabila pengikut-pengikut Yesus menyeberangi tasik, mereka lupa membawa roti. 6 Luk 12.1Yesus berkata kepada mereka, "Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki."

7 Mereka mula bercakap sesama sendiri, "Dia berkata demikian kerana kita tidak membawa roti."

8 Yesus mengetahui apa yang dipersoalkan mereka. Dia berkata, "Mengapa kamu mempersoalkan hal tidak membawa roti? Kamu kurang percaya kepada-Ku! 9 Mat 14.17-21Adakah kamu masih belum mengerti? Tidakkah kamu ingat bagaimana Aku membahagikan lima ketul roti untuk lima ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? 10 Mat 15.34-38Bagaimanakah dengan tujuh ketul roti yang Aku bahagikan untuk empat ribu orang? Berapa buah bakul lebihan makanan yang kamu kumpulkan? 11 Mengapakah kamu tidak faham bahawa Aku tidak berkata-kata tentang roti? Berhati-hatilah dengan ragi orang Farisi dan Saduki!"

12 Barulah pengikut-pengikut Yesus faham bahawa Yesus tidak menyuruh mereka berhati-hati dengan ragi yang digunakan untuk membuat roti, tetapi dengan ajaran orang Farisi dan Saduki.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também