Pular para o conteúdo
Publicidade

Matius 17:1-13

Yesus Dipermuliakan

1 2 Ptr 1.17-18Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudaranya pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. 2 Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. 3 Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. 4 Petrus berkata kepada Yesus, "Tuhan, sungguh baik kami di sini. Jika Tuhan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Tuhan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia."

5 Kej 22.2;Ul 18.15;Mzm 2.7;Yes 42.1;Mat 3.17,12.18;Mrk 1.11;Luk 3.22Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!"

6 Apabila pengikut-pengikut Yesus mendengar suara itu, mereka sangat ketakutan dan meniarap di tanah. 7 Tetapi Yesus datang dan menyentuh mereka. "Bangunlah," kata-Nya, "janganlah takut!" 8 Apabila mereka memandang di sekeliling, mereka tidak nampak sesiapa pun, kecuali Yesus.

9 Semasa mereka turun dari gunung itu, Yesus memerintah mereka, "Jangan beritahu sesiapa pun apa yang telah kamu lihat, selagi Anak Manusia belum dibangkitkan daripada kematian."

10 Mal 4.5Pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus, "Mengapakah guru Taurat berkata bahawa Elia mesti datang terlebih dahulu?"

11 Yesus menjawab, "Elia memang datang terlebih dahulu untuk menyediakan segala-galanya. 12 Mat 11.14Tetapi Aku berkata kepada kamu, Elia sudah datang namun orang tidak mengenal dia; mereka memperlakukan dia dengan sesuka hati mereka. Dengan cara yang sama mereka akan memperlakukan Anak Manusia."

13 Barulah pengikut Yesus mengerti bahawa Yesus berkata-kata tentang Yohanes Pembaptis.

Todos os capítulos de Matius 28
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.