Yesus Dipermuliakan
1 2 Ptr 1.17-18Enam hari kemudian Yesus membawa Petrus, Yakobus, dan Yohanes, saudaranya pergi menyendiri ke sebuah gunung yang tinggi. 2 Sewaktu mereka memandang Yesus, rupa Yesus berubah. Muka-Nya menjadi terang seperti matahari dan pakaian-Nya putih berkilau-kilauan. 3 Lalu ketiga-tiga orang pengikut itu nampak Elia dan Musa berkata-kata dengan Yesus. 4 Petrus berkata kepada Yesus, "Tuhan, sungguh baik kami di sini. Jika Tuhan mahu, aku akan mendirikan tiga buah khemah: satu untuk Tuhan, satu untuk Musa, dan satu lagi untuk Elia."
5 Kej 22.2;Ul 18.15;Mzm 2.7;Yes 42.1;Mat 3.17,12.18;Mrk 1.11;Luk 3.22Sementara Petrus berkata-kata, awan yang bersinar-sinar meliputi mereka, dan terdengar suara dari awan berkata, "Inilah Anak-Ku yang Aku kasihi. Dia menyenangkan hati-Ku. Dengarkanlah Dia!"