Hal-Hal yang Menyebabkan Orang Berdosa
6 "Sesiapa menyebabkan salah seorang pengikut-Ku yang kecil ini tidak lagi percaya kepada-Ku, lebih baik jika batu kisaran diikatkan pada leher orang itu, lalu dia ditenggelamkan ke dalam laut yang dalam. 7 Alangkah malangnya dunia ini kerana ada perkara-perkara yang menyebabkan orang berdosa. Perkara-perkara seperti ini akan sentiasa berlaku, tetapi malanglah orang yang menyebabkannya!
Perumpamaan tentang Pegawai yang Tidak Mahu Mengampuni Orang
21 Luk 17.3-4Petrus datang kepada Yesus dan bertanya, "Ya Tuhan, jika saudaraku berdosa terhadap aku, berapa kalikah harus aku ampuni dia? Sehingga tujuh kalikah?"
22 Kej 4.24Yesus menjawab, "Bukan tujuh kali, tetapi tujuh puluh kali tujuh kali!tujuh puluh kali tujuh kali: atau tujuh puluh tujuh kali.