Pular para o conteúdo
Publicidade

MATIUS 20

Permintaan Seorang Ibu

20 Kemudian isteri Zebedeus datang kepada Yesus dengan kedua-dua orang anaknya. Dia berlutut di hadapan Yesus dan meminta sesuatu daripada-Nya.

21 "Apakah kehendakmu?" tanya Yesus.

Ibu itu menjawab, "Berjanjilah bahawa apabila Tuan menjadi Raja, kedua-dua orang anak saya akan duduk di sebelah kanan dan kiri Tuan."

22 Yesus berkata kepada kedua-dua orang anak lelaki ibu itu, "Kamu tidak tahu apa yang kamu minta. Sanggupkah kamu minum dari cawan penderitaan yang akan Aku minum?"

"Sanggup," jawab mereka.

23 Yesus berkata kepada mereka, "Memang kamu akan minum dari cawan penderitaan-Ku. Tetapi Aku tidak berhak menentukan orang yang akan duduk di sebelah kanan atau kiri-Ku. Bapa-Ku yang menentukan siapa orang yang akan duduk di tempat itu."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também