Yesus Mengutuk Pokok Ara
18 Keesokan paginya, dalam perjalanan kembali ke kota, Yesus lapar. 19 Dia melihat sebatang pokok ara di pinggir jalan. Dia menghampiri pokok itu, tetapi tidak mendapati satu buah ara pun. Dia mendapati daun sahaja. Yesus berkata kepada pokok itu, "Hai pokok, engkau tidak akan berbuah lagi!" Dengan segera pokok ara itu layu.
20 Apabila pengikut-pengikut Yesus nampak kejadian itu, mereka hairan. Mereka bertanya, "Bagaimanakah pokok ara itu layu dengan serta-merta?"
21 Mat 17.20;1 Kor 13.2"Ketahuilah," jawab Yesus, "jika kamu percaya kepada Allah dan tidak ragu-ragu, kamu akan dapat melakukan apa yang telah Aku lakukan terhadap pokok ara ini. Bukan itu sahaja, bahkan kamu akan dapat berkata kepada bukit ini, ‘Terangkatlah dan terbuanglah ke dalam laut!’ Hal itu pun akan berlaku. 22 Apabila kamu berdoa dan percaya bahawa Allah akan melakukan apa yang kamu minta, maka Dia akan melakukannya."