Nubuat bahawa Petrus akan Menyangkal Yesus
31 Za 13.7Kemudian Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Pada malam ini juga kamu semua akan lari meninggalkan Aku, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan membunuh gembala itu, lalu kawanan dombanya akan tercerai-berai.’ 32 Mat 28.16Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan pergi ke Galilea terlebih dahulu daripada kamu."
33 Petrus berkata kepada Yesus, "Meskipun semua yang lain meninggalkan Guru, saya tidak akan berbuat demikian!"
34 Yesus berkata kepadanya, "Ingatlah, sebelum ayam jantan berkokok malam ini, tiga kali engkau akan berkata engkau tidak mengenal Aku."
35 Petrus menjawab, "Tidak sekali-kali saya akan berkata saya tidak mengenal Guru, meskipun saya terpaksa mati bersama-sama Guru!"
Semua pengikut yang lain pun berkata demikian.