Kematian Yudas
3 Apabila Yudas, pengkhianat itu tahu bahawa Yesus telah dijatuhi hukuman mati, dia menyesal. Lalu dia mengembalikan tiga puluh keping wang perak itu kepada para ketua imam dan pemimpin masyarakat Yahudi. 4 Dia berkata, "Aku sudah berdosa kerana mengkhianati orang yang tidak bersalah sehingga dihukum mati!"
Tetapi mereka menjawab, "Kami tidak peduli! Itu urusanmu!"