Pular para o conteúdo
Publicidade

MATIUS 3

Perkhabaran Yohanes Pembaptis

1 Pada masa itu Yohanes Pembaptis tiba di padang gurun di Yudea dan mula memberitakan hal ini. 2 Mat 4.17;Mrk 1.15"Bertaubatlah daripada dosa kamu," katanya, "kerana tidak lama lagi Allah akan memerintah!"Allah akan memerintah; Harfiah: Kerajaan Syurga.3 Yes 40.3Yohaneslah orang yang dimaksudkan oleh Nabi Yesaya ketika dia berkata,

"Seorang berseru di padang gurun,

‘Sediakanlah jalan bagi Tuhan;

luruskanlah jalan bagi-Nya.’ "

4 2 Raj 1.8Pakaian Yohanes dibuat daripada bulu unta, dan tali pinggangnya daripada kulit. Makanannya belalang dan madu hutan. 5 Orang dari Yerusalem, seluruh negeri Yudea, dan seluruh kawasan di sekitar Sungai Yordan datang kepada Yohanes. 6 Mereka mengaku dosa, lalu Yohanes membaptis mereka di Sungai Yordan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também