Yesus Dicubai oleh Iblis
1 Ibr 2.18,4.15Kemudian Yesus dipimpin oleh Roh Allah ke padang gurun supaya dicubai oleh Iblis. 2 Setelah berpuasa selama empat puluh hari dan empat puluh malam, Yesus lapar. 3 Lalu Iblis datang dan berkata kepada-Nya, "Jika Engkau Anak Allah, perintahlah batu-batu ini menjadi roti."
4 Ul 8.3Yesus menjawab, "Di dalam Alkitab tertulis, ‘Manusia tidak dapat hidup dengan roti sahaja, tetapi juga dengan setiap kata yang difirmankan oleh Allah.’ "
5 Kemudian Iblis membawa Yesus ke Yerusalem, kota suci itu, lalu meletakkan Dia di puncak Rumah Tuhan. 6 Mzm 91.11-12Iblis berkata kepada Yesus, "Jika Engkau Anak Allah, terjunlah ke bawah, kerana di dalam Alkitab tertulis,
‘Allah akan menyuruh malaikat-malaikat-Nya menjaga Engkau;
malaikat akan menyambut Engkau dengan tangan,
supaya kaki-Mu tidak terhantuk pada batu.’ "
7 Ul 6.16Yesus menjawab, "Tetapi di dalam Alkitab tertulis juga, ‘Janganlah cubai Tuhan Allahmu.’ "
8 Kemudian Iblis membawa Yesus ke gunung yang sangat tinggi, dan menunjukkan semua kerajaan di dunia ini serta segala kekayaannya kepada-Nya. 9 Lalu Iblis berkata kepada Yesus, "Semua ini akan aku berikan kepada-Mu, jika Engkau sujud menyembah aku."
10 Ul 6.13Yesus menjawab, "Pergilah, hai Iblis! Di dalam Alkitab tertulis, ‘Sembahlah Tuhan Allahmu dan abdikan diri kepada Dia sahaja!’ "
11 Kemudian Iblis meninggalkan Yesus, dan malaikat-malaikat pun datang menolong Dia.