Pular para o conteúdo
Publicidade

MATIUS 5

Kebahagiaan yang Sejati

3 "Berbahagialah orang yang sedar bahawa mereka memerlukan Allah,

merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!Pemerintahan Allah; Harfiah: Kerajaan Syurga.

4 Yes 61.2Berbahagialah orang yang bersedih hati,

Allah akan menghiburkan mereka!

5 Mzm 37.11Berbahagialah orang yang rendah hati,

mereka akan menerima apa yang telah dijanjikan oleh Allah!

6 Yes 55.1-2Berbahagialah orang yang betul-betul mahu melakukan kehendak Allah,betul-betul mahu melakukan kehendak Allah; Harfiah: lapar dan haus akan kebenaran.

Allah akan memuaskan mereka!

7 Berbahagialah orang yang mengasihani orang lain,

Allah juga akan mengasihani mereka!

8 Mzm 24.3-4Berbahagialah orang yang murni hati,

mereka akan mengenal Allah!

9 Berbahagialah orang yang membawa kedamaian antara manusia,

Allah akan menyebut mereka anak-anak-Nya!

10 1 Ptr 3.14Berbahagialah orang yang menderita penganiayaan kerana melakukan kehendak Allah,kerana melakukan kehendak Allah; Harfiah: sebab kebenaran.

merekalah yang menikmati Pemerintahan Allah!

11 1 Ptr 4.14Berbahagialah kamu apabila orang menghina, menganiaya, dan memfitnah kamu kerana kamu pengikut-Ku. 12 2 Taw 36.16;Kis 7.52Nabi-nabi zaman dahulu juga dianiaya seperti itu. Bersukacitalah dan bergembiralah, kerana Allah sudah menyediakan pahala yang besar di syurga untuk kamu."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também