Anak Perempuan Ketua Rumah Ibadat dan Wanita yang Menyentuh Jubah Yesus
18 Sementara Yesus berkata-kata dengan para pengikut Yohanes Pembaptis, seorang ketua rumah ibadat datang berlutut di hadapan-Nya dan berkata, "Anak perempuan saya baru sahaja meninggal. Tetapi datanglah dan letakkan tangan padanya supaya dia hidup semula."
19 Yesus bangkit lalu pergi bersama dengan dia. Pengikut-pengikut Yesus pun ikut serta.