Hosea dan Wanita yang Tidak Setia
1 TUHAN berfirman kepadaku, "Pergilah lagiTUHAN berfirman...lagi; atau TUHAN berfirman lagi kepadaku, "Pergilah... dan cintailah seorang wanita yang suka berzina. Kasihilah dia seperti Aku mengasihi orang Israel, meskipun mereka telah meninggalkan Aku dan menyembah tuhan-tuhan lain, serta suka mempersembahkan kuih kismis kepada berhala."mempersembahkan kuih kismis kepada berhala: Buah anggur yang sudah dikeringkan dan digunakan sebagai korban kepada dewa kesuburan, yang menurut kepercayaan dapat meningkatkan hasil tuaian orang yang menyembahnya.
2 Maka aku pun membayar lima belas keping wang perak dan 150 kilogram barli untuk mendapat dia. 3 Aku berkata kepadanya bahawa dia harus menunggu aku untuk waktu yang lama. Selama waktu itu, dia tidak boleh melacur ataupun berzina, dan pada masa itu aku pun tidak akan mendekati dia.