10 2 Kor 5.10Oleh itu, mengapa kamu menyalahkan saudara kamu? Mengapa kamu yang lain menghina saudara kamu? Kita semua akan menghadap Allah untuk diadili. 11 Yes 45.23Di dalam Alkitab tertulis,
"Sesungguhnya," firman Tuhan,
"tiap-tiap orang akan sujud di hadapan-Ku,
dan tiap-tiap orang akan mengaku bahawa Aku Allah."
12 Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah.