12 Oleh itu, kita masing-masing harus mempertanggungjawabkan segala perbuatan kita kepada Allah.
Janganlah Sebabkan Saudara Kamu Berdosa
13 Oleh itu janganlah kita salahkan satu sama lain. Sebaliknya kamu harus mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa yang menyebabkan saudara kamu tergoda dan berdosa. 14 Kerana aku bersatu dengan Tuhan Yesus, aku yakin bahawa tidak ada sesuatu pun yang pada dasarnya najis, tetapi jika seseorang menganggap sesuatu hal najis, maka najislah hal itu bagi dia.