35 Apakah yang dapat menghalang Kristus mengasihi kita? Tiada sesuatu pun dapat menghalang Kristus mengasihi kita: baik kesusahan, kesukaran, penganiayaan, kelaparan, kemiskinan, bahaya mahupun kematian. 36 Mzm 44.23Seperti yang tertulis di dalam Alkitab,
"Sepanjang masa kami menghadapi bahaya maut kerana Engkau.
Kami diperlakukan seperti domba yang akan disembelih."
37 Tidak! Dalam semuanya kita mendapat kemenangan yang sempurna daripada Dia yang mengasihi kita!