Amaran supaya Tidak Mengecam Orang
11 Saudara-saudaraku, janganlah saling mengecam. Sesiapa mengecam atau menghakimi saudara seiman, orang itu mengecam dan menghakimi Taurat. Jika dia menghakimi Taurat, maka dia tidak lagi mentaati Taurat, tetapi menghakiminya. 12 Hanya Allah yang berhak membuat hukum dan menghakimi manusia. Hanya Dialah yang dapat menyelamatkan ataupun membinasakan orang. Tetapi siapakah kamu sehingga mahu menghakimi sesama manusia?