Pular para o conteúdo
Publicidade

Kisah Rasul-rasul 18

Di Korintus

1 Setelah itu Paulus meninggalkan Atena dan pergi ke Korintus. 2 Di situ dia berjumpa dengan seorang Yahudi bernama Akwila, yang dilahirkan di negeri . Akwila baru sahaja datang dari dengan isterinya, Priskila. Mereka datang ke Korintus kerana Kaisar Klaudius mengusir semua orang Yahudi dari . Paulus pergi menjumpai Akwila dan Priskila, 3 lalu tinggal dan bekerja bersama-sama mereka, kerana mereka dan Paulus sama-sama menyara hidup dengan membuat khemah. 4 Setiap hari Sabat, Paulus mengadakan perbincangan dengan orang yang berkumpul di rumah ibadat untuk meyakinkan orang Yahudi mahupun orang Yunani tentang Yesus.

5 Setelah dan Timotius tiba dari Makedonia, Paulus menggunakan seluruh masanya untuk memberitakan perkhabaran daripada Allah. Dia memberikan kesaksian kepada orang Yahudi bahawa Yesus Penyelamat yang diutus oleh Allah. 6 Tetapi mereka menentang dan menghina Paulus. Oleh itu Paulus mengebaskan debu daripada pakaiannya sebagai amaran kepada mereka dan berkata, "Jika kamu binasa, kamu sendiri yang bertanggungjawab. Aku tidak bertanggungjawab terhadap hal itu. Mulai sekarang aku akan pergi kepada orang bukan Yahudi." 7 Lalu Paulus meninggalkan mereka dan pergi tinggal di rumah seorang bukan Yahudi yang bernama Titius Yustus. Dia menyembah Allah, dan rumahnya di sebelah rumah ibadat itu. 8 Krispus, ketua rumah ibadat itu dengan semua anggota keluarganya percaya kepada Tuhan Yesus. Banyak orang lain di Korintus juga mendengar berita daripada Allah, dan mereka percaya kepada Yesus lalu dibaptis.

9 Pada suatu malam dalam suatu penglihatan, Tuhan berfirman kepada Paulus, "Janganlah takut! Berkata-katalah terus dan jangan berhenti, 10 kerana Aku menyertai engkau. Tidak seorang pun dapat mencederakan engkau, kerana banyak orang di kota ini umat-Ku." 11 Oleh itu Paulus tinggal di Korintus selama setahun setengah, dan mengajarkan perkhabaran daripada Allah kepada orang di situ.

12 Semasa Galio menjadi gabenor negeri Akhaya, orang Yahudi bersatu padu untuk menangkap Paulus dan membawa dia ke hadapan gabenor untuk diadili. 13 Mereka mengajukan tuduhan ini, "Orang ini berusaha mempengaruhi orang ramai supaya menyembah Allah dengan cara yang bertentangan dengan hukum kami!"

14 Apabila Paulus hendak menjawab, Galio berkata kepada orang Yahudi di situ, "Jika perkara ini tentang kesalahan atau perbuatan jenayah, bolehlah aku bersabar dan mendengarkan aduan kamu. 15 Tetapi kamu bertengkar tentang kata dan nama serta hukum kamu sendiri. Oleh itu kamu harus menyelesaikan masalah itu sendiri. Aku tidak mahu mengadili perkara semacam ini!" 16 Lalu Galio mengusir mereka ke luar. 17 Kemudian mereka menangkap Sostenes, ketua rumah ibadat itu lalu memukul dia di hadapan mahkamah. Tetapi Galio sama sekali tidak mempedulikan hal itu.

Paulus Kembali ke Antiokhia

18 Bil 6.18 Paulus tinggal dengan pengikut Yesus di Korintus selama beberapa hari lagi. Kemudian dia meninggalkan mereka lalu belayar dengan Priskila dan Akwila ke . Sebelum bertolak, Paulus mencukur rambutnya di Kengkrea kerana telah bernazar.bernazar: Menurut kebiasaan Yahudi, mencukur rambut adalah tanda bahawa apa yang dijanjikan kepada Allah sudah dilakukan.19 Apabila mereka tiba di Efesus, Paulus meninggalkan Priskila dan Akwila. Kemudian dia masuk ke rumah ibadat dan mengadakan perbincangan dengan orang Yahudi. 20 Mereka meminta supaya Paulus tinggal lebih lama di situ, tetapi Paulus tidak mahu. 21 Pada waktu berangkat, Paulus berkata kepada mereka, "Jika diperkenankan oleh Allah, aku akan kembali." Setelah itu dia belayar dari Efesus.

22 Apabila dia tiba di Kaisarea, dia melanjutkan perjalanan ke Yerusalem untuk memberikan salam kepada jemaah di situ, lalu dia pergi ke Antiokhia. 23 Setelah tinggal beberapa lama di Antiokhia dia mengunjungi daerah dan Frigia untuk meneguhkan iman semua pengikut Yesus di situ.

Apolos di Efesus dan Korintus

24 Pada waktu itu seorang Yahudi bernama Apolos, yang lahir di Aleksandria, datang ke Efesus. Dia pandai berpidato dan sangat memahami isi Alkitab. 25 Dia telah mendalami ajaran tentang Yesus. Dengan penuh kesungguhan, dia mengisytiharkan dan mengajarkan ajaran tentang Yesus dengan betul. Tetapi dia hanya mengetahui baptisan yang diajarkan oleh Yohanes. 26 Dengan berani Apolos mula berkata-kata di rumah ibadat. Apabila Priskila dan Akwila mendengar dia, mereka membawa dia ke rumah. Mereka menerangkan penyelamatan Allah melalui Yesus dengan lebih tepat lagi. 27 Kemudian Apolos mahu pergi ke Akhaya. Oleh itu pengikut Yesus di Efesus menolong dia dengan menulis sepucuk surat kepada pengikut Yesus di Akhaya, supaya mereka menyambut Apolos. Apabila Apolos tiba di situ, dia sangat menolong orang yang dengan rahmat Allah, percaya kepada Yesus. 28 Dengan penuh wibawa Apolos mengalahkan orang Yahudi dalam perdebatan di hadapan umum. Dengan mengutip ayat-ayat Alkitab, dia membuktikan bahawa Yesus Penyelamat yang diutus oleh Allah.

Lugar Bíblico
Região / Território
Ponto
Hoje: Ponto (Costa do Mar Negro), Turquia
ΠόντοςPontos
Ponto é a terra de onde veio o judeu Áquila, que chegou da Itália com Priscila, sua mulher, depois que Cláudio mandou os judeus saírem de Roma (Atos 18:2).
40,68° N, 37,83° L
Citado em 3 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Itália
Hoje: Roma, Itália
ἸταλίαItalia
Itália é a terra para onde Paulo e outros presos, entregues ao centurião Júlio, seguiram de navio, e de onde veio Áquila com Priscila, sua mulher, quando Cláudio mandou os judeus saírem de Roma (Atos 27:1).
41,89° N, 12,49° L
Citado em 4 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Roma
Hoje: Roma, Itália
ῬώμηRhōmē
Roma é a cidade para onde Paulo foi enviado preso, depois de apelar ao imperador, e onde ficou dois anos numa casa alugada, recebendo todos que iam vê-lo (Atos 28:30).
41,89° N, 12,49° L
Citado em 15 versículos
Ver página completa
Pessoa
G4609
Silas
ΣιλᾶςSila͂s
Silas foi um dos líderes entre os irmãos, também profeta, enviado a Antioquia com Paulo e Barnabé. Depois Paulo escolheu Silas e partiu, encomendado pelos irmãos à graça do Senhor (Atos 15:40).
Citado em 17 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Síria
Hoje: Damasco, Síria
ΣυρίαSuriaאֲרָםaram
A Síria é a região por onde correu a fama de Jesus, e o povo lhe trazia doentes, endemoninhados, epiléticos e paralíticos, que ele curava (Mateus 4:24).
33,51° N, 36,31° L
Citado em 8 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Galácia
Hoje: Galácia (Anatólia Central), Turquia
ΓαλατίαGalatia
Galácia é uma região com igrejas, às quais Paulo escreveu uma carta; ele também percorreu a região, junto com a Frígia, fortalecendo os discípulos (Atos 18:23).
39,27° N, 32,98° L
Citado em 6 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Kisah Rasul-rasul 28
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.