Khutbah Petrus
14 Lalu Petrus berdiri bersama-sama sebelas orang rasul yang lain. Dengan suara lantang dia mula berkata kepada mereka, "Saudara-saudara orang Yahudi dan semua yang tinggal di Yerusalem! Dengarlah baik-baik dan benarkan saya menjelaskan hal ini. 15 Semua orang ini tidak mabuk seperti yang saudara-saudara sangka, kerana kini baru pukul sembilan pagi. 16 Tetapi hal ini sudah diberitahukan oleh Allah melalui Nabi Yoel:
17 Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman,
Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang.
Anak-anak lelaki dan perempuan kamu
akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka;
orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka,
orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.