17 Jika Allah yang kami sembah itu sanggup menyelamatkan kami dari relau yang bernyala-nyala dan daripada kuasa tuanku, Dia akan menyelamatkan kami.Jika Allah...menyelamatkan kami; atau Jika benar bahawa kami tidak mahu menyembah dewa tuanku atau tidak mahu sujud kepada patung emas yang tuanku dirikan, Allah yang kami sembah sanggup menyelamatkan kami dari relau yang bernyala-nyala itu dan daripada kuasa tuanku - dan Dia pasti melakukannya.18 Tetapi seandainya Dia tidak melakukannya juga, hendaklah tuanku maklum bahawa kami tidak akan menyembah dewa tuanku mahupun sujud menyembah patung emas yang tuanku dirikan itu."
Publicidade