Pular para o conteúdo
Publicidade

Yehezkiel 10

TUHAN Meninggalkan Rumah-Nya

1 Yeh 1.26;Why 4.2 Aku memandang ke kubah yang ada di atas kepala kerub-kerubkerub: Lihat 1.5. itu dan nampak sesuatu seperti takhta yang dibuat daripada batu nilam. 2 Why 8.5 Allah berfirman kepada orang yang berpakaian linen itu, "Pergilah ke antara roda-roda di bawah kerub-kerub itu dan ambillah segenggam bara api dengan tanganmu. Lalu hamburkanlah bara itu di atas seluruh kota."

Aku memperhatikan dia pergi. 3 Ketika dia masuk, kerub-kerub itu sedang berdiri di bahagian selatan Rumah TUHAN, dan halaman dalam dipenuhi awan. 4 Cahaya berkilauan, yang menandakan hadirat TUHAN naik dari kerub-kerub itu dan bergerak ke pintu masuk Rumah TUHAN. Kemudian awan memenuhi Rumah TUHAN, dan halaman itu menjadi terang benderang. 5 Bunyi kepakan sayap kerub-kerub itu terdengar sampai ke halaman luar. Bunyi itu seperti suara Allah Yang Maha Kuasa.

6 Apabila TUHAN memerintah orang yang berpakaian linen itu mengambil api dari antara roda-roda yang di bawah kerub-kerub itu, dia masuk dan berdiri di tepi salah sebuah roda itu. 7 Salah satu kerub itu memasukkan tangannya ke dalam api yang ada di tengah-tengah kerub-kerub lalu memungut beberapa potong bara dan meletakkannya di dalam tangan orang yang berpakaian linen itu. Orang itu pun menyambut bara itu lalu pergi.

8 Aku nampak setiap kerub itu mempunyai sesuatu yang seperti tangan manusia di bawah setiap sayapnya. 9,10 Aku juga nampak bahawa di samping setiap kerub itu ada sebuah roda. Keempat-empat roda itu serupa dan bersinar-sinar seperti batu permata. Setiap roda mempunyai sebuah lagi roda yang melintang di tengah-tengahnya. 11 Dengan demikian kerub-kerub itu dapat bergerak ke mana-mana arah tanpa berpusing. Semua kerub itu bergerak bersama-sama ke arah yang ditujui tanpa berpusing. 12 Why 4.8 Seluruh badan, belakang, tangan, sayap, dan roda penuh dengan mata. 13 Yeh 1.15-21 Roda itu sama dengan roda yang aku nampak dalam penglihatan yang pertama.

14 Yeh 1.10;Why 4.7 Setiap kerub mempunyai empat muka yang berlainan: yang pertama muka lembu, yang kedua muka manusia, yang ketiga muka singa, dan yang keempat muka helang. 15 Kerub-kerub itulah yang aku nampak dahulu di tebing Sungai . Apabila kerub-kerub itu naik ke udara 16 dan bergerak, roda-roda itu ikut sama. Apabila kerub-kerub itu mengembangkan sayap untuk terbang, roda-roda itu pun ikut. 17 Apabila kerub-kerub itu berhenti atau terbang, roda-roda itu pun ikut kerana dikuasai oleh kerub-kerub itu.

18 Kemudian cahaya berkilauan yang menandakan hadirat TUHAN, meninggalkan pintu masuk Rumah TUHAN dan pindah ke atas kerub-kerub itu. 19 Kerub-kerub itu mengembangkan sayap lalu terbang dari muka bumi sedang aku memandang, dan roda-roda pun ikut. Kerub-kerub itu berhenti sebentar di pintu gerbang timur Rumah TUHAN, dan cahaya yang berkilauan itu tetap di atas kerub-kerub itu. 20 Aku mengenali semua kerub itu sebagai kerub-kerub yang ada di bawah Allah Israel, yang telah aku nampak di tebing Sungai .

21 Setiap kerub itu mempunyai empat muka, empat sayap, dan sesuatu seperti tangan manusia di bawah setiap sayapnya. 22 Muka kerub-kerub itu serupa dengan mukaDapat bermakna: muka; Naskhah Ibrani:muka dan kerub-kerub. yang aku nampak di tepi Sungai . Setiap kerub bergerak lurus ke hadapan.

Lugar Bíblico
Rio / Ribeiro
Quebar
Hoje: Shatt en Nil
כְּבָרkevar
Quebar é o rio, na terra dos caldeus, junto ao qual o sacerdote Ezequiel, entre os exilados, teve visões de Deus; ali a mão do Senhor esteve sobre Ezequiel (Ezequiel 1:3).
32,13° N, 45,23° L
Citado em 8 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Rio / Ribeiro
Quebar
Hoje: Shatt en Nil
כְּבָרkevar
Quebar é o rio, na terra dos caldeus, junto ao qual o sacerdote Ezequiel, entre os exilados, teve visões de Deus; ali a mão do Senhor esteve sobre Ezequiel (Ezequiel 1:3).
32,13° N, 45,23° L
Citado em 8 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Rio / Ribeiro
Quebar
Hoje: Shatt en Nil
כְּבָרkevar
Quebar é o rio, na terra dos caldeus, junto ao qual o sacerdote Ezequiel, entre os exilados, teve visões de Deus; ali a mão do Senhor esteve sobre Ezequiel (Ezequiel 1:3).
32,13° N, 45,23° L
Citado em 8 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Yehezkiel 48
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.