Pular para o conteúdo
Publicidade

Yehezkiel 12

Yehezkiel sebagai Orang Pelarian

1 TUHAN berfirman kepadaku, 2 Yes 6.9-10;Yer 5.21;Mrk 8.18 "Hai manusia fana, engkau tinggal di tengah-tengah kaum pemberontak. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar, kerana mereka suka memberontak.

3 Oleh itu, hai manusia fana, kemaskan barang-barangmu dalam satu bungkusan seperti yang dilakukan oleh seorang pelarian, dan berangkatlah sebelum gelap. Biarlah orang nampak engkau meninggalkan kota dan pergi ke tempat lain. Barangkali pemberontak-pemberontak itu akan melihat engkau.Barangkali pemberontak-pemberontak...engkau; atau Barangkali mereka akan insaf bahawa mereka adalah pemberontak.4 Ketika hari masih terang, kemaskan barang dalam satu bungkusan untuk dibawa ke pembuangan, dan biarlah mereka nampak engkau berbuat demikian. Biarlah mereka melihat engkau meninggalkan kota pada waktu petang, seolah-olah engkau sedang menuju ke tempat pembuangan. 5 Sedang mereka memperhatikan engkau, pecahkan tembok rumahmu supaya berlubang, dan bawalah bungkusanmu keluar melalui lubang itu. 6 Biarlah mereka melihat engkau memikul bungkusanmu itu dan keluar ke tempat yang gelap dengan muka tertutup supaya engkau tidak dapat melihat jalan yang dilalui. Perbuatanmu itu akan menjadi amaran bagi umat ."

7 Aku melakukan apa yang disuruh TUHAN. Pada hari itu aku mengemaskan barangku dalam satu bungkusan seperti yang dilakukan oleh seorang pelarian. Pada petang itu, waktu hampir gelap, dengan tangan aku memecahkan tembok rumahku sehingga berlubang, lalu aku keluar melalui lubang itu. Sedang orang memandang, aku memikul bungkusanku lalu meninggalkan tempat itu.

8 Keesokan paginya TUHAN berfirman kepadaku, 9 "Hai manusia fana, oleh sebab umat , umat pemberontak itu bertanya kepadamu tentang hal yang sedang engkau lakukan, 10 beritahulah mereka apa yang Aku, TUHAN Raja firmankan kepada mereka. Perkhabaran ini untuk raja yang memerintah di Yerusalem dan untuk semua orang yang tinggal di situ. 11 Beritahulah mereka bahawa perbuatanmu itu melambangkan hal yang akan berlaku kepada mereka. Mereka akan menjadi orang pelarian dan orang tawanan. 12 Raja mereka akan memikul bungkusannya pada waktu malam dan melarikan diri melalui lubang yang dibuat oleh mereka di tembok. Raja akan menutup mukanya sehingga tidak nampak ke mana dia pergi. 13 2 Raj 25.7;Yer 52.11 Tetapi Aku akan memasang jaring untuk menangkap raja. Lalu Aku akan membawa dia ke kota , dan dia akan mati tanpa melihat kota itu. 14 Aku akan mencerai-beraikan semua orang di istananya, para penasihat, dan pengawal peribadinya. Aku akan memburu dan membunuh mereka.

15 Apabila Aku mencerai-beraikan mereka antara bangsa-bangsa lain di negeri-negeri asing, barulah mereka sedar bahawa Akulah TUHAN. 16 Aku akan membiarkan sebilangan kecil daripada mereka terselamat daripada peperangan, kelaparan, dan wabak supaya di kalangan bangsa-bangsa asing itu, mereka akan sedar betapa kejinya perbuatan mereka, lalu mengakui bahawa Akulah TUHAN."

Yehezkiel Melambangkan Ketakutan Rakyat

17 TUHAN berfirman kepadaku, 18 "Hai manusia fana, gementarlah apabila engkau makan, dan menggigillah dengan takut apabila engkau minum. 19 Beritahulah seluruh bangsa bahawa inilah firman TUHAN Raja kepada penduduk Yerusalem yang masih tinggal di negeri mereka: Mereka akan gementar apabila mereka makan, dan menggigil dengan takut apabila mereka minum. Negeri mereka akan musnah dan menjadi tandus kerana semua orang yang tinggal di situ melanggar hukum. 20 Kota-kota yang sekarang penuh dengan orang akan musnah, dan negeri itu akan menjadi padang gurun. Pada waktu itu barulah mereka sedar bahawa Akulah TUHAN."

Firman TUHAN Pasti Berlaku

21 TUHAN berfirman kepadaku, 22 "Hai manusia fana, mengapakah umat Israel menyebut-nyebut peribahasa ini: ‘Masa berlalu, tetapi nubuat tidak berlaku’? 23 Oleh itu beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja memberikan jawapan ini: Aku akan menghapuskan peribahasa itu sehingga tidak diucapkan di Israel lagi. Sebaliknya, beritahulah mereka bahawa telah tiba masanya nubuat-nubuat itu berlaku.

24 Di tiada lagi penglihatan yang palsu atau nubuat yang menyesatkan. 25 Aku, TUHAN akan berfirman kepada umat Israel, dan segala yang Aku firmankan pasti berlaku, tanpa ditunda-tunda lagi. Hai pemberontak, pada masa hidup kamu, Aku akan melaksanakan apa yang telah Kuperingatkan kepada kamu. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman."

26 TUHAN berfirman kepadaku, 27 "Hai manusia fana, umat menyangka bahawa penglihatan dan nubuatmu itu tentang masa hadapan yang lama lagi. 28 Oleh itu beritahulah mereka bahawa Aku, TUHAN Raja berfirman: Semua yang Aku firmankan pasti berlaku, tanpa ditunda-tunda lagi. Aku, TUHAN Raja, telah berfirman!"

Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Babilônia
Hoje: Al-Hillah (Babilônia), Iraque
בָּבֶ֫לbavelΒαβυλώνBabulōn
Babilônia é a cidade cujo rei foi a Jerusalém, tirou de lá o rei e os nobres e os levou consigo para a Babilônia (Ezequiel 17:12).
32,54° N, 44,42° L
Citado em 296 versículos
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Todos os capítulos de Yehezkiel 48
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.