37 Hal ini demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis,
"Hanya sebentar lagi,
lalu Dia yang akan datang itu akan segera tiba;
Dia tidak akan berlambat.
38 Hab 2.3-4Umat-Ku yang melakukan kehendak-Ku
akan percaya kepada-Ku dan hidup;
tetapi jika ada antara mereka yang tidak lagi percaya kepada-Ku,
Aku tidak berkenan kepadanya."
39 Kita ini bukanlah umat yang tidak lagi percaya kepada Allah, dan bukan umat yang sesat. Sebaliknya, kita beriman dan diselamatkan.