5 Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya:
"Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu,
dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.
6 Ayb 5.17;Ams 3.11-12Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya,
dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak."
7 Hendaklah penderitaan yang kamu tanggung dianggap sebagai hukuman daripada seorang bapa. Penderitaan kamu membuktikan bahawa Allah memperlakukan kamu sebagai anak-anak-Nya. Pernahkah seorang anak tidak dihukum oleh bapanya? 8 Jika kamu tidak dihukum seperti semua anak-Nya yang lain, hal ini bererti kamu bukan anak sah, tetapi anak haram. 9 Di dunia ini kita mempunyai bapa. Mereka menghukum kita, dan kita menghormati mereka. Oleh itu, kita harus menerima hukuman yang dikenakan oleh Bapa kita yang di syurga, supaya kita hidup.