Pular para o conteúdo
Publicidade

Yesaya 55

TUHAN Menawarkan Belas Kasihan

1 Why 21.6,22.17TUHAN berfirman,

"Marilah, setiap orang yang haus,

minumlah air yang tersedia.

Marilah, kamu yang tidak mempunyai wang,

terimalah gandum dan makanlah.

Mari! Terimalah wain dan susu,

tanpa membayar apa-apa.

2 Mengapakah kamu membeli sesuatu yang tidak memuaskan?

Mengapakah kamu bekerja untuk sesuatu yang tidak mengenyangkan?

Dengarlah firman-Ku dan turutlah perintah-Ku,

maka kamu akan menikmati makanan yang terbaik.

3 Kis 13.34Sekarang dengarlah, hai umat-Ku;

datanglah kepada-Ku, lalu kamu akan hidup.

Aku akan mengadakan perjanjian yang kekal dengan kamu,

dan memberi kamu berkat yang Kujanjikan kepada Daud.

4 Aku menjadikan dia seorang pemimpin dan panglima bangsa-bangsa,

dan melalui dia, Aku menunjukkan kuasa-Ku kepada mereka.

5 Kamu akan memanggil bangsa-bangsa asing untuk menghadap;

pada suatu masa dahulu mereka tidak mengenal kamu,

tetapi sekarang mereka berlari kepada kamu.

Aku, TUHAN Allah kamu, Allah Israel, Allah yang suci

akan melaksanakan segala perkara ini;

Aku akan mengagungkan kamu."

6 Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;

berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também