Pular para o conteúdo
Publicidade

AYUB 32

Ucapan Elihu

1 Oleh sebab Ayub yakin bahawa dia tidak bersalah, tiga orang sahabat itu tidak menjawab lagi. 2 Tetapi di situ ada seorang yang tidak dapat menahan geramnya, kerana Ayub menyalahkan Allah dan mengaku dirinya tidak bersalah. Namanya Elihu anak Barakheel, seorang keturunan Bus, daripada puak Ram. 3 Dia juga marah terhadap tiga orang sahabat Ayub itu kerana mereka tidak dapat menjawab Ayub, walaupun mereka menyalahkan dia. 4 Elihu yang termuda antara mereka. Oleh itu dia menunggu sehingga setiap orang sudah bercakap. 5 Setelah dia melihat tiga orang itu tidak dapat menjawab Ayub, dia menjadi marah 6 dan berkata demikian,

"Aku ini masih muda, sedangkan kamu sudah tua,

oleh itu aku takut dan ragu-ragu mengemukakan pendapatku.

7 Fikirku, biarlah yang sudah lanjut usia bercakap,

dan yang lebih tua membahagikan hikmat.

8 Tetapi sebenarnya Roh Allah Yang Maha Kuasa

yang memberikan hikmat kepada manusia.

9 Orang menjadi bijak, bukan kerana lanjut umurnya;

orang mengerti yang benar, bukan kerana tinggi usianya.

10 Oleh itu, dengarkanlah aku;

biarlah aku memberitahu kamu pendapatku.

11 Aku mendengar dengan sabar ketika kamu bercakap,

dan menunggu ketika kamu mencari kata-kata bijak.

12 Aku memperhatikan dan mendengar kamu menemui kegagalan.

Kesalahan dalam kata-kata Ayub tidak dapat kamu buktikan.

13 Bagaimana kamu dapat mengatakan kamu telah mendapatkan hikmat?

Allah mesti menjawab Ayub, kerana kamu telah gagal.

14 Ayub berkata-kata kepada kamu, bukan kepada aku,

tetapi aku tidak sekali-kali akan menjawab seperti kamu.

15 Ayub, mereka bingung dan tidak dapat memberikan jawapan;

tiada lagi yang dapat dikatakan mereka.

16 Haruskah aku terus menunggu, ketika mereka berdiam diri?

Mereka berdiri di situ dan tidak dapat berkata apa-apa lagi.

17 Tidak, kini aku hendak memberikan pendapatku,

dan memberitahu kamu fikiranku.

18 Aku tidak sabar lagi menunggu.

Aku tidak dapat menahan kata-kataku.

19 Jika aku tidak bercakap, aku akan meletup,

seperti kirbat kulit yang berisikan wain baru.

20 Aku mesti bercakap supaya hatiku tenang;

aku mesti membuka mulut dan memberikan jawapan.

21 Aku tidak akan menyebelahi sesiapa pun;

aku tidak akan memuji sesiapa pun.

22 Cara memuji pun aku tidak tahu.

Jika aku berbuat begitu, Allah akan segera menghukum aku.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também