Pular para o conteúdo
Publicidade

YUNUS 2

Doa Yunus

1 Dari dalam perut ikan itu, Yunus berdoa kepada TUHAN, Allahnya. Dia berkata,

2 "Ya TUHAN, dalam kesusahanku aku berseru kepada-Mu,

dan Engkau menjawab aku.

Dari dunia orang mati aku mohon pertolongan,

permohonanku Engkau dengar dan perhatikan.

3 Engkau melemparkan aku ke tempat yang dalam,

sampai ke dasar lautan.

Di sana arus air mengelilingi aku,

ombak dan gelombang yang Engkau datangkan

menghempaskan aku.

4 Aku berfikir bahawa

Engkau sudah menghalau aku dari hadirat-Mu,

dan aku tidak akan melihat lagi

rumah kediaman-Mu yang suci.

5 Air laut naik sampai ke bibirku,

samudera raya meliputi seluruh tubuhku,

rumpai laut melilit kepalaku.

6,7 Aku turun sampai ke dasar pergunungan,

ke alam yang gerbangnya terkunci sehingga selama-lamanya.ke alam...selama-lamanya; Yang dimaksudkan adalah dunia orang mati.

Ketika nyawaku hampir pergi daripada diriku,

aku ingat akan TUHAN,

lalu aku berseru kepada-Mu.

Engkau, ya TUHAN, mendengarkan doaku,

di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku.

Dari laut yang dalam,

Engkau menyelamatkan aku,

ya TUHAN Allahku!

8 Para penyembah berhala yang sia-sia,

meninggalkan Engkau dan tidak lagi setia.

9 Tetapi aku akan menyanyikan puji-pujian bagi-Mu

dan aku akan mempersembahkan korban untuk-Mu.

Aku akan menunaikan segala janjiku.

Engkaulah TUHAN yang menyelamatkan."

10 Kemudian, atas perintah TUHAN, ikan itu memuntahkan Yunus ke daratan.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também

Jonas
Ver todos os capítulos de Jonas