16 Yesus berkata kepadanya, "Maria!"
Maria berpaling kepada Yesus lalu berkata dalam bahasa Ibrani, "Rabbuni!" (yang bererti "guru").
17 Tetapi Yesus berkata kepadanya, "Jangan pegang Aku, kerana Aku belum lagi kembali kepada Bapa. Pergilah kepada pengikut-pengikut-Ku dan beritahu mereka bahawa sekarang Aku sedang kembali kepada Bapa-Ku dan Bapamu, kepada Allah-Ku dan Allahmu."
18 Oleh itu, Maria pergi memberitahu pengikut-pengikut Yesus bahawa dia sudah melihat Tuhan dan bahawa Tuhan berkata demikian kepadanya.