Pular para o conteúdo
Publicidade

Yosua 24

Yosua Berucap kepada Umat Israel di Sikhem

1 Yosua mengumpulkan semua suku Israel di Sikhem. Dia memanggil para pemuka, pemimpin, hakim, dan pegawai Israel, lalu mereka berkumpul di hadapan Allah. 2 Kej 11.27 Yosua berkata kepada semua orang itu, "Dengarlah firman TUHAN, Allah Israel, ‘Dahulu kala nenek moyang kamu tinggal di seberang Sungai Efrat dan mereka menyembah dewa-dewa. Salah seorang daripada mereka ialah , bapa dan . 3 Kej 12.1-9,21.1-3 Kemudian Aku membawa , nenek moyang kamu itu, dari tanah di seberang Sungai Efrat dan memimpin dia menjelajah seluruh tanah Kanaan. Aku memberi dia banyak keturunan. Aku memberi dia Ishak, 4 Kej 25.24-26,36.8,46.1-7;Ul 2.5 lalu kepada Ishak Aku berikan dua orang anak, iaitu Yakub dan . Aku memberi perbukitan sebagai tanah miliknya, tetapi Yakub, iaitu nenek moyang kamu dan anak-anaknya pergi ke Mesir. 5 Kel 3.1—12.42 Kemudian Aku mengutus Musa serta Harun, dan Aku mendatangkan bencana besar ke atas Mesir, tetapi Aku memimpin kamu keluar dari tempat itu. 6 Aku membawa nenek moyang kamu keluar dari Mesir. Orang Mesir mengejar mereka dengan kereta kuda dan tentera berkuda. Tetapi apabila nenek moyang kamu tiba di Laut Gelagah,Laut Gelagah: Lihat 2.10.7 Kel 14.1-31 mereka berseru kepada-Ku minta tolong; Aku mendatangkan kegelapan di antara mereka dan orang Mesir. Aku menutupi orang Mesir dengan air laut sehingga mereka mati lemas. Kamu tahu apa yang Aku lakukan terhadap Mesir.

Lama sekali kamu tinggal di gurun. 8 Bil 21.21-35 Kemudian Aku membawa kamu ke tanah orang Amori yang tinggal di sebelah timur Sungai Yordan. Mereka berperang melawan kamu, tetapi Aku memberi kamu kemenangan atas mereka. Kamu merebut tanah mereka dan Aku membinasakan mereka apabila kamu menyerang mereka. 9 Selepas itu, penguasa , Raja anak Zipor, berperang melawan Israel. Raja mengutus orang kepada Bileam anak dan meminta dia mengutuk kamu. 10 Bil 22.1—24.25 Tetapi Aku tidak mengabulkan permintaan Bileam. Sebaliknya, dia memberkati kamu; Aku menyelamatkan kamu daripada Raja Balak. 11 Yos 3.14-17,6.1-21 Kamu menyeberang Sungai Yordan dan tiba di kota Yerikho. Penduduk Yerikho berperang melawan kamu; demikian juga orang Amori, Feris, Kanaan, Het, Girgasi, Hewi, dan Yebusi. Tetapi Aku memberi kamu kemenangan atas mereka semua. 12 Kel 23.28;Ul 7.20 Apabila kamu menyerang mereka, Aku mengacau-bilaukan mereka untuk mengusir dua orang raja Amori itu. Pedang dan panah kamu tidak menyebabkan kamu menang. 13 Ul 6.10-11 Aku memberi kamu negeri yang tidak kamu usahakan dan kota-kota yang tidak kamu bina. Sekarang kamu tinggal di negeri itu dan makan buah anggur dan zaitun dari pokok-pokok yang tidak kamu tanam.’ "

14 "Oleh itu," kata Yosua, "hormatilah TUHAN dan mengabdilah kepada-Nya dengan ikhlas dan setia. Buanglah tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia dan di Mesir dahulu. Mengabdilah kepada TUHAN sahaja. 15 Jika kamu tidak mahu mengabdi kepada-Nya, tentukanlah sekarang kepada siapa kamu hendak mengabdi, kepada tuhan-tuhan lain yang disembah oleh nenek moyang kamu di Mesopotamia, atau kepada tuhan-tuhan orang Amori di negeri yang kamu tinggal sekarang. Tetapi bagi aku dan keluargaku, kami hendak mengabdi kepada TUHAN."

16 Umat Israel menjawab, "Kami tidak sekali-kali akan meninggalkan TUHAN untuk mengabdi kepada tuhan-tuhan lain! 17 TUHAN, Allah kita telah melepaskan nenek moyang kita dan kita sendiri daripada perhambaan di Mesir, dan kita telah menyaksikan mukjizat-mukjizat yang dilakukan-Nya. Dia telah melindungi kita dalam semua perjalanan kita melalui negeri-negeri asing. 18 Ketika kita menyerang negeri ini, TUHAN mengusir semua orang Amori yang tinggal di sini. Oleh itu, kami juga akan mengabdi kepada TUHAN; Dialah Allah kita."

19 Kemudian Yosua berkata kepada umat itu, "Tetapi mungkin kamu tidak akan sanggup mengabdi kepada TUHAN. Dia Allah yang suci, dan Dia tidak akan mengampunkan dosa kamu. Dia tidak mahu ada saingan. 20 Jika kamu meninggalkan Dia lalu mengabdi kepada tuhan-tuhan bangsa asing, Dia akan menentang kamu dan menghukum kamu. Dia akan membinasakan kamu, walaupun dahulu Dia baik terhadap kamu."

21 Umat itu menjawab, "Tidak. Kami akan tetap mengabdi kepada TUHAN."

22 Yosua berkata kepada mereka, "Kamu menjadi saksi kamu sendiri bahawa kamu telah memilih untuk mengabdi kepada TUHAN."

Mereka menjawab, "Ya. Kami menjadi saksi."

23 Yosua berkata lagi, "Jika demikian, buanglah tuhan-tuhan bangsa asing yang ada pada kamu dan berjanjilah untuk setia kepada TUHAN, Allah Israel."

24 Kemudian umat itu berkata kepada Yosua, "Kami akan mengabdi kepada TUHAN, Allah kita. Kami akan mematuhi perintah-Nya."

25 Maka pada hari itu, Yosua membuat satu perjanjian untukuntuk; atau dengan. umat itu di Sikhem. Dia memberi mereka hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. 26 Yosua menuliskan perintah-perintah itu di dalam Kitab Taurat Allah. Kemudian Yosua mengambil sebuah batu yang besar dan menegakkannya di bawah pokok oak di tempat yang khusus untuk TUHAN. 27 Yosua berkata kepada semua orang itu, "Batu ini saksi kita. Batu ini telah mendengar segala firman TUHAN kepada kita. Oleh itu batu ini menjadi saksi terhadap kamu untuk mengingatkan kamu supaya tidak melawan Allah kamu." 28 Selepas itu Yosua menyuruh umat itu pulang, lalu masing-masing balik ke wilayah sendiri.

Yosua dan Eleazar Meninggal

29 Kemudian Yosua anak , hamba TUHAN itu meninggal; dia berumur 110 tahun. 30 Yosua dikebumikan di tanahnya di Timnat-Serah, di perbukitan Efraim, di sebelah utara Gunung .

31 Selama Yosua hidup, umat Israel mengabdi kepada TUHAN. Setelah Yosua meninggal dan selama hayat para pemimpin yang melihat segala perbuatan TUHAN untuk Israel, umat itu tetap mengabdi kepada TUHAN.

32 Jenazah Yusuf yang dibawa oleh umat dari Mesir, dikebumikan di Sikhem, di tanah yang dibeli oleh Yakub daripada anak-anak , bapa Sikhem, dengan harga seratus keping wang perak. Tanah itu diwarisi oleh keturunan Yusuf.

33  anak Harun meninggal, lalu dikebumikan di Gibea, kota di perbukitan Efraim yang telah diberikan kepada anaknya, Pinehas.

Pessoa
H8646
Terá
תֶּרַחterachΘαραTHara
Terá, filho de Naor, saiu de Ur dos caldeus com o filho Abrão, o neto Ló e a nora Sarai rumo a Canaã e morreu em Harã (Gênesis 11:31).
Citado em 10 versículos
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
אַבְרָהָ֔םavərahamΑβρααμAbraam
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Pessoa
H5152
Naor
נָחוֹרnachorΝαχωρNaxor
Naor, filho de Terá e irmão de Abraão, casou-se com Milca e foi avô de Rebeca, a mulher de Isaque (Gênesis 22:23).
Citado em 12 versículos
Ver página completa
Pessoa
H85
Abraão
אַבְרָהָ֔םavərahamΑβρααμAbraam
Abraão, chamado por Deus, deixou a sua terra rumo a Canaã, recebeu a promessa de ser pai de muitas nações e foi pai de Isaque, o filho da promessa (Gênesis 12:1).
Significado: “Pai de uma multidão”
Ver página completa
Pessoa
H6215
Esaú
עֵשָֽׂוesauΗσαυĒsau
Esaú, filho de Isaque e gêmeo de Jacó, vendeu ao irmão o direito de primogenitura por um prato de comida e foi o pai dos edomitas (Gênesis 25:30).
Significado: “Peludo”
Ver página completa
Pessoa
H6215
Esaú
עֵשָֽׂוesauΗσαυĒsau
Esaú, filho de Isaque e gêmeo de Jacó, vendeu ao irmão o direito de primogenitura por um prato de comida e foi o pai dos edomitas (Gênesis 25:30).
Significado: “Peludo”
Ver página completa
Pessoa
H6215
Esaú
עֵשָֽׂוesauΗσαυĒsau
Esaú, filho de Isaque e gêmeo de Jacó, vendeu ao irmão o direito de primogenitura por um prato de comida e foi o pai dos edomitas (Gênesis 25:30).
Significado: “Peludo”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Moabe
Hoje: Altiplano da Jordânia Central
מוֹאָבmoav
Moabe é uma terra governada por reis, como Eglom e Balaque, onde Davi pediu ao rei que acolhesse seus pais; fogo e castigo são anunciados contra ela (Amós 2:2).
31,18° N, 35,70° L
Citado em 162 versículos
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Moabe
Balaque
בָּלָ֖קbalaq
Balaque, filho de Zipor e rei de Moabe, chamou o adivinho Balaão para amaldiçoar Israel, que acampava nas campinas de Moabe (Números 22:4).
Significado: “Devastador”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Moabe
Balaque
בָּלָ֖קbalaq
Balaque, filho de Zipor e rei de Moabe, chamou o adivinho Balaão para amaldiçoar Israel, que acampava nas campinas de Moabe (Números 22:4).
Significado: “Devastador”
Ver página completa
Pessoa
H1160
Beor
בְּע֗וֹרbəor
Beor foi o pai de Balaão, o adivinho que Balaque chamou para amaldiçoar Israel (Números 22:5).
Significado: “Talvez um incêndio”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Efraim
Num
נוּן֙nun
Num foi o pai de Josué, o servo de Moisés que conduziu Israel na conquista de Canaã (Êxodo 33:11).
Significado: “Peixe, portanto fértil, produtivo”
Ver página completa
Lugar Bíblico
Monte / Elevação
Gaás
Hoje: Khirbet Tibnah
גַּ֫עַשׁgaash
Gaás é um monte ao norte do qual, em Timnate-Sera, nos montes de Efraim, Josué foi sepultado na terra da sua herança (Josué 24:30).
32,01° N, 35,11° L
Citado em 4 versículos
Ver página completa
Pessoa
H3290
Jacó
יַעֲקֹ֑בyaaqovΙακωβIakob
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Heveu
Hamor
חֲמ֛וֹרchamor
Hamor, heveu e pai de Siquém, pediu a Jacó que desse a filha, Diná, como mulher a Siquém. Hamor e Siquém foram mortos à espada (Gênesis 34:26).
Significado: “Jumento”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Levi
Eleazar
אֶלְעָזָרeləatsarΕλεαζαρEleazar
Eleazar, filho de Arão, sucedeu ao pai como sumo sacerdote e, com Josué, repartiu a terra de Canaã entre as tribos (Números 20:28).
Significado: “Deus é auxílio”
Ver página completa
Todos os capítulos de Yosua 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.