Pular para o conteúdo
Publicidade

LUKAS 1

Ucapan Syukur Maria

46 1 Sam 2.1-10Maria berkata,

"Hatiku menyanjung Tuhan;

47 jiwaku bersukacita kerana Allah, Penyelamatku,

48 1 Sam 1.11Dia ingat akan daku, hamba-Nya yang hina!

Mulai sekarang semua orang akan mengatakan aku berbahagia,

49 kerana Allah Maha Kuasa sudah melakukan perkara yang besar untukku.

Sucilah nama-Nya.

50 Dia merahmati orang yang menghormati-Nya,

keturunan demi keturunan.

51 Dengan tangan-Nya yang berkuasa

Dia mencerai-beraikan mereka yang sombong,

dan mengacaukan rancangan mereka.

52 Ayb 5.11,12.19Dia menurunkan raja dari takhta

lalu meninggikan orang hina.

53 Dia memuaskan orang lapar dengan segala yang baik,

tetapi orang kaya diusir-Nya sehingga pergi dengan berhampa tangan.

54 Dia menepati janji-Nya kepada nenek moyang kita;

Dia datang untuk menyelamatkan Israel hamba-Nya.

55 Kej 17.7Dia tidak lupa merahmati Abraham

dan keturunannya selama-lamanya!"

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também