Pertanyaan tentang Penyelamat
41 Yesus bertanya kepada mereka, "Bagaimanakah orang dapat mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud? 42 Daud berkata di dalam Kitab Mazmur,
‘Tuhan berfirman kepada Tuhanku:
Duduklah di sebelah kanan-Ku,
43 Mzm 110.1sehingga Aku menakluki musuh-Mu ke bawah kaki-Mu.’
44 Jika Daud memanggil Dia ‘Tuhan’, bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?"