Pular para o conteúdo
Publicidade

Lukas 5:12-16

TMVRD Alkitab Berita Baik (Katolik)

Yesus Menyembuhkan Seorang Berpenyakit Kulit yang Mengerikan

12 Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, "Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!"menyembuhkan saya: Menurut peraturan agama Yahudi, penyakit ini menyebabkan penderitanya tidak layak menyembah Allah di tempat ibadat.

13 Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. "Aku mahu," kata-Nya, "sembuhlah!" Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi. 14 Im 14.1-32Yesus memerintah dia, "Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun. Pergilah temui imam supaya dia mengesahkan kesembuhanmu. Lalu persembahkanlah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu sudah sembuh."

15 Tetapi berita tentang Yesus semakin tersebar luas. Banyak orang datang untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. 16 Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa.

Em outras traduções

  1. TMVR Alkitab Berita Baik

    12 Pada suatu hari, Yesus berada di sebuah kota. Di situ ada seorang lelaki berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika dia nampak Yesus, dia bersujud di hadapan Yesus dan memohon, "Tuan, jika tuan mahu, tuan boleh menyembuhkan saya!"

    13 Yesus menghulurkan tangan-Nya lalu menjamah dia. "Aku mahu," kata-Nya, "sembuhlah!" Seketika itu juga penyakitnya tiada lagi. 14 Yesus memerintah dia, "Jangan beritahukan hal ini kepada sesiapa pun. Pergilah temui imam supaya dia mengesahkan kesembuhanmu. Lalu persembahkanlah korban sebagaimana yang diperintahkan oleh Musa, sebagai bukti kepada semua orang bahawa kamu sudah sembuh."

    15 Tetapi berita tentang Yesus semakin tersebar luas. Banyak orang datang untuk mendengar Dia dan untuk disembuhkan daripada penyakit mereka. 16 Tetapi Yesus pergi ke tempat yang sunyi dan berdoa.

Direitos das traduções citadas
Todos os capítulos de Lukas 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.