Wanita-Wanita yang Membantu Yesus
1 Tidak berapa lama kemudian, Yesus menjelajah kota dan pekan untuk mengkhabarkan Berita Baik bahawa Allah mula memerintah.Allah mula memerintah; Harfiah: Kerajaan Allah. Dua belas orang pengikut-Nya menyertai Dia, 2 dan juga beberapa orang wanita yang sudah disembuhkan daripada kerasukan roh jahat dan penyakit. Antara mereka termasuk Maria yang disebut Magdalena (tujuh roh jahat sudah diusir daripada dirinya); 3 Mat 27.55-56;Mrk 15.40-41;Luk 23.49Yohana, isteri Khuza, pegawai istana Herodes; Susana dan banyak lagi wanita lain. Mereka menggunakan harta mereka untuk membantu Yesus dan pengikut-pengikut-Nya.