Ibu dan Saudara-Saudara Yesus
19 Ibu dan saudara-saudara Yesus datang kepada Yesus, tetapi mereka tidak dapat menghampiri Dia kerana orang di situ terlalu banyak. 20 Lalu seorang berkata kepada Yesus, "Tuan, ibu dan saudara-saudara tuan di luar. Mereka hendak berjumpa dengan tuan."
21 Tetapi Yesus berkata kepada mereka semua, "Orang yang mendengar firman Allah serta mentaatinya, merekalah ibu dan saudara-saudara-Ku."