Pelajaran daripada Pokok Ara
28 "Biarlah pokok ara memberikan pelajaran kepada kamu. Apabila dahan-dahannya hijau, lembut, dan mula bertunas, kamu tahu bahawa musim panas sudah dekat. 29 Demikian juga apabila kamu melihat perkara-perkara ini berlaku, kamu tahu bahawa waktunya sudah dekat dan akan bermula dengan segera.waktunya sudah dekat dan akan bermula dengan segera; atau Dia sudah dekat dan akan datang dengan segera.30 Ingatlah! Segala perkara ini akan berlaku sebelum orang yang hidup sekarang ini mati semuanya. 31 Langit dan bumi akan lenyap, tetapi firman-Ku kekal selama-lamanya."