Nubuat bahawa Petrus akan Menyangkal Yesus
27 Za 13.7Yesus berkata kepada mereka, "Kamu semua akan lari meninggalkan Aku, kerana di dalam Alkitab tertulis, ‘Allah akan membunuh gembala itu, lalu kawanan dombanya akan tercerai-berai.’ 28 Mat 28.16Tetapi setelah Aku dibangkitkan semula, Aku akan pergi ke Galilea lebih dahulu daripada kamu."
29 Petrus menjawab, "Meskipun semua yang lain meninggalkan Guru, saya tidak akan berbuat begitu."
30 Yesus berkata kepadanya, "Ingatlah, sebelum ayam berkokok dua kali malam ini, tiga kali engkau akan berkata bahawa engkau tidak mengenal Aku."
31 Petrus menjawab dengan lebih tegas, "Tidak sekali-kali saya akan berkata saya tidak mengenal Guru, meskipun saya terpaksa mati bersama-sama Guru!"
Semua pengikut yang lain pun berkata demikian.