Orang Farisi Meminta Yesus Melakukan Mukjizat
11 Mat 12.38;Luk 11.16Beberapa orang Farisi datang kepada Yesus dan mula bersoal jawab dengan Dia. Mereka hendak memerangkap Dia. Mereka meminta Yesus melakukan mukjizat untuk membuktikan bahawa Dia datang daripada Allah. 12 Mat 12.39;Luk 11.29Yesus mengeluh lalu menjawab, "Mengapakah orang zaman ini meminta Aku melakukan mukjizat? Tidak! Tanda semacam itu tidak akan diberikan kepada mereka!"