Doa Azarya
24 Ketiga-tiga orang pemuda itu, Hananya, Misael, dan AzaryaHananya, Misael, dan Azarya adalah nama-nama asli bagi Sadrakh, Mesakh, dan Abednego. Lihat Daniel 1.6-7. berjalan-jalan di tengah nyala api sambil bernyanyi dan memuji Tuhan Allah. 25 Lalu Azarya berdiri, dan di tengah-tengah nyala api dia berdoa begini,
26 "Terpujilah Engkau, Tuhan, Allah nenek moyang kami! Engkau patut dihormati. Semoga nama-Mu diagungkan selama-lamanya. 27 Dalam segala-galanya, Engkau memperlakukan kami dengan adil. Semua pekerjaan-Mu benar dan perbuatan-Mu lurus. Engkau mengadili kami dengan jujur. 28 Engkau melaksanakan keputusan yang tepat dengan mendatangkan bencana terhadap diri kami dan terhadap Yerusalem, kota suci nenek moyang kami. Semuanya itu Kaulakukan berdasarkan kebenaran dan keadilan oleh sebab kami telah berdosa. 29 Memang kami telah berdosa dan berbuat jahat kerana berpaling daripada-Mu. Kami telah banyak berbuat dosa kerana tidak mendengarkan perintah-Mu. 30 Kami tidak melakukan apa yang Engkau perintahkan kepada kami, sedangkan hal itu untuk kepentingan kami sendiri. 31 Sungguh adil semua tindakan-Mu terhadap kami. 32 Engkau menyerahkan kami ke tangan musuh yang kejam, kepada orang kejam yang tidak mengenal hukum, kepada raja yang paling jahat di dunia. 33 Sekarang kami yang menyembah Engkau, dihina dan menjadi malu, bahkan kami tidak berani membuka mulut. 34 Tetapi demi kehormatan-Mu sendiri, janganlah batalkan perjanjian-Mu dengan kami, dan jangan tinggalkan kami untuk selama-lamanya. 35 Janganlah tarik balik belas kasihan-Mu daripada kami demi Abraham yang Kaukasihi, demi Ishak hamba-Mu dan demi Yakub, orang pilihan-Mu. 36 Engkau berjanji akan memberi mereka keturunan sebanyak bintang di langit atau pasir di pantai. 37 Tetapi sekarang, ya Tuhan, kami lebih kecil daripada bangsa mana pun. Di mana-mana kami dihina kerana segala dosa kami. 38 Sekarang kami ditinggalkan tanpa raja, nabi, atau pemimpin. Tidak ada korban untuk menyenangkan hati Tuhan,Korban untuk menyenangkan hati Tuhan: Harfiah: Korban bijirin. Lihat Kamus. korban sembelihan, korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan,Korban untuk mengucap syukur kepada Tuhan: Harfiah: Korban bakar. Lihat Kamus. ataupun kemenyan. Tidak ada juga tempat untuk mempersembahkan bahagian pertama hasil tanah kami dan untuk mendapat belas kasihan-Mu. 39 Tetapi kami datang kepada-Mu dengan rendah hati dan penuh penyesalan. Maka sudilah menerima kami dengan baik, seolah-olah kami datang dengan persembahan ribuan lembu dan domba untuk korban bagi menyenangkan hati Tuhan.Korban bagi menyenangkan hati Tuhan: Harfiah: Korban bakar. Lihat Kamus.40 Semoga Engkau berkenan menerima penyesalan kami sebagai persembahan korban kami hari ini. Semoga kami terus mengikuti Engkau, oleh sebab orang yang percaya kepada-Mu tidak akan dikecewakan. 41 Sekarang kami mengikuti Engkau dengan sebulat hati dan berdoa kepada-Mu dengan takwa. Janganlah permalukan kami, 42 tetapi perlakukanlah kami dengan murah hati dan sesuai dengan belas kasihan-Mu yang besar. 43 Ya Tuhan, selamatkanlah kami dengan perbuatan-Mu yang ajaib dan nyatakanlah keagungan nama-Mu. 44 Biarlah semua orang yang menyeksa hamba-hamba-Mu dihina dan menjadi malu. Ambillah kekuasaan dan keperkasaan mereka, dan patahkanlah kekuatan mereka, 45 supaya mereka tahu bahawa Engkaulah Tuhan, Allah Yang Esa, yang berkuasa di seluruh dunia."
Keadaan di dalam Perapian
46 Para hamba raja yang telah melemparkan tiga pemuda itu ke dalam perapian, menjaga api supaya tetap besar nyalanya dengan memasukkan minyak, tar, rami dan ranting-ranting ke dalamnya. 47 Lidah api berkobar-kobar setinggi tiga puluh lima meter, 48 sehingga menjilat-jilat keluar dan membakar orang Babilonia yang berdiri di dekatnya. 49 Tetapi malaikat Tuhan datang kepada ketiga-tiga orang pemuda itu di dalam perapian dan menghalaukan nyala api keluar daripada perapian. 50 Rasanya seperti angin sepoi-sepoi. Ketiga-tiga orang pemuda itu tidak disentuh dan tidak disakiti atau dihanguskan sedikit pun oleh api.
Lagu Pujian Ketiga-tiga Orang Pemuda
51 Kemudian dalam perapian, tiga orang pemuda itu serentak menyanyikan lagu pujian bagi Allah:
52 Semoga Engkau dipuji, ya Tuhan, Allah leluhur kami,
semoga Engkau dihormati dan diagungkan selama-lamanya.
Terpujilah nama-Mu yang suci dan mulia,
semoga Engkau dihormati dan diagungkan selama-lamanya.
53 Terpujilah Engkau di Rumah-Mu yang agung dan suci,
semoga keagungan-Mu dinyanyikan selama-lamanya.
54 Terpujilah Engkau yang bertakhta di atas kerubKerub: Golongan malaikat yang digambarkan sebagai makhluk bersayap dan melambangkan keagungan Allah serta hadirat-Nya.
dan memandang ke bawah, ke dunia orang mati,
semoga Engkau dipuji dan dimuliakan selama-lamanya.
55 Terpujilah Engkau di atas takhta kerajaan-Mu,
semoga keagungan-Mu dinyanyikan selama-lamanya.
56 Terpujilah Engkau di atas cakerawala,
semoga keagungan-Mu dinyanyikan selama-lamanya.
57 Pujilah Tuhan, hai segala ciptaan Tuhan,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
58 Pujilah Tuhan, hai angkasa raya,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
59 Pujilah Tuhan, hai segala malaikat Tuhan,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
60 Pujilah Tuhan, hai segala air di atas langit,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
61 Pujilah Tuhan, hai segala kuasa di syurga,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
62 Pujilah Tuhan, hai matahari dan bulan,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
63 Pujilah Tuhan, hai bintang-bintang di langit,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
64 Pujilah Tuhan, hai hujan dan embun,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
65 Pujilah Tuhan, hai segala angin,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
66 Pujilah Tuhan, hai api dan panas,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
67 Pujilah Tuhan, hai panas dan dingin,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
68 Pujilah Tuhan, hai embun dan salji,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
69 Pujilah Tuhan, hai siang dan malam,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
70 Pujilah Tuhan, hai terang dan gelap,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
71 Pujilah Tuhan, hai hawa dingin dan ais,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
72 Pujilah Tuhan, hai embun beku dan salji,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
73 Pujilah Tuhan, hai kilat dan awan mendung,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
74 Hendaklah bumi memuji Tuhan,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
75 Pujilah Tuhan, hai gunung dan bukit,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
76 Pujilah Tuhan, hai segala tumbuhan di bumi,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
77 Pujilah Tuhan, hai laut dan sungai,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
78 Pujilah Tuhan, hai segala mata air,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
79 Pujilah Tuhan, hai ikan-ikan besar
dan semua yang hidup di dalam air,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
80 Pujilah Tuhan, hai burung-burung di udara,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
81 Pujilah Tuhan, hai binatang liar dan ternak,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
82 Pujilah Tuhan, hai semua orang di bumi,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
83 Pujilah Tuhan, hai umat Israel,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
84 Pujilah Tuhan, hai para imam,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
85 Pujilah Tuhan, hai para hamba Tuhan,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
86 Pujilah Tuhan, hai umat-Nya yang setia,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
87 Pujilah Tuhan, hai semua yang suci dan rendah hati,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
88 Pujilah Tuhan, hai Hananya, Azarya, dan Misael,
nyanyikanlah pujian bagi-Nya
dan agungkanlah Dia selama-lamanya.
Dia telah melepaskan kita dari dunia orang mati
dan menyelamatkan kita daripada kuasa maut.
Dia telah mengeluarkan kita daripada perapian yang menyala
dan merenggut kita dari tengah-tengah api.
89 Bersyukurlah kepada Tuhan kerana Dia baik,
Dia berbelas kasihan untuk selama-lamanya.
90 Pujilah Allah, hai semua yang menyembah Dia,
bernyanyilah bagi Allah segala tuhan dan bersyukurlah kepada-Nya,
oleh sebab belas kasihan-Nya untuk selama-lamanya.