19 Ul 32.35Saudara-saudaraku! Jangan sekali-kali balas dendam; biarlah Allah yang membalas dendam. Di dalam Alkitab tertulis, "Aku akan membalas kejahatan mereka. Aku akan menghukum mereka, firman Tuhan." 20 Ams 25.21-22Janganlah balas dendam, tetapi lakukanlah apa yang tertulis di dalam Alkitab, "Jika musuhmu lapar, berilah dia makan; jika dia dahaga, berilah dia minuman. Kerana dengan berbuat demikian, kamu akan membuat dia malu." 21 Janganlah biarkan diri kamu dikalahkan oleh kejahatan, tetapi kalahkanlah kejahatan dengan kebaikan.
Publicidade