Admiração
O temor do Senhor é o princípio da sabedoria. A admiração reverente por Deus é a postura que produz conhecimento, obediência e bênção na vida do crente.
Nasihat kepada Orang Muda
Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar.
Jika kamu hendak menjadi bijaksana, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Jika kamu kenal akan Yang Maha Suci, kamu akan memperoleh pengertian.
Hormat dan takut kepada TUHAN adalah cara memperoleh hikmat. Kehormatan didahului oleh kerendahan hati.
Lebih baik miskin dan takut kepada TUHAN, daripada kaya dan cemas.
Menghormati TUHAN bererti membenci kejahatan;
aku membenci kesombongan dan keangkuhan,
tingkah laku jahat dan dusta.
Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN, serta merendahkan diri akan mendapat kekayaan, kehormatan, dan usia panjang.
Jangan anggap dirimu lebih bijaksana daripada yang sebenarnya. Taatlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan. Perbuatanmu itu akan menjadi seperti ubat yang menyembuhkan luka-lukamu dan menyegarkan badanmu.
Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.
Inilah kesimpulan daripada semuanya: Hormatilah Allah, dan taatilah segala perintah-Nya, kerana bagi maksud itulah manusia diciptakan.
Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN;
Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya.
Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!
Kebahagiaan Orang Baik
Pujilah TUHAN!
Berbahagialah orang yang menghormati TUHAN,
yang suka mentaati perintah-Nya.
Berkat kerana Taat kepada TUHAN
Lagu ziarah.
Berbahagialah orang yang taat kepada TUHAN,
yang hidup menurut perintah-Nya.
TUHAN memerhatikan mereka yang mentaati-Nya,
mereka yang mengharapkan kasih-Nya.
Tanah telah mengeluarkan hasilnya;
Allah, Allah kita, telah memberkati kita.
Tetapi bagi kamu yang taat kepada-Ku, kuasa-Ku yang menyelamatkan kamu akan terbit seperti matahari, dan kuasa-Ku itu akan memberikan kesembuhan seperti sinar matahari. Kamu akan bebas dan gembira seperti anak lembu yang dikeluarkan dari kandang.
Tuntutan Allah
"Sekarang, hai umat Israel, dengarlah tuntutan TUHAN, Allah kamu daripada kamu: Hormatilah TUHAN dan laksanakanlah segala perintah-Nya. Kasihilah Dia dan mengabdilah kepada-Nya dengan segenap hati; patuhilah segala hukum-Nya. Aku memberikan hukum-hukum itu kepada kamu hari ini untuk kepentingan kamu.
Ikutlah TUHAN dan hormatilah Dia. Taatilah Dia dan patuhilah perintah-Nya; sembahlah Dia dan setialah kepada-Nya.
Oleh itu Allah memperlakukan bidan-bidan itu dengan baik dan mengurniakan keturunan kepada mereka, kerana mereka takut akan Allah. Orang Israel pun bertambah banyak dan kuat.
Sahabat-sahabat yang aku kasihi, Allah menjanjikan semua itu kepada kita. Oleh itu kita harus menyucikan diri daripada segala yang menajiskan jiwa dan raga kita. Hendaklah kita takut akan Allah, supaya kita dapat mengamalkan hidup yang khas untuk Dia dengan sepenuhnya.
Bayarlah apa yang harus kamu bayar kepada pemerintah. Bayarlah cukai pendapatan, jika kamu harus membayarnya. Bayarlah cukai tanah, jika kamu harus membayarnya. Hormatilah mereka yang harus dihormati, dan hargailah mereka yang harus dihargai.
Pada waktu kesusahan seperti ini, aku memerlukan sahabat yang sejati,
sama ada aku masih setia kepada Allah atau telah meninggalkan Dia.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.