1 Zelafehad mempunyai lima orang anak perempuan: Mahla, Noa, Hogla, Milka, dan Tirza. Bapa Zelafehad ialah Hefer, bapa Heferialah Gilead, bapa Gileadialah Makhir, bapa Makhir ialah Manasye, bapa Manasye ialah Yusuf. 2 Kelima-lima orang anak Zelafehad itu pergi menghadap Musa, Imam Eleazar, para pemimpin Israel, dan segenap umat yang berkumpul dekat pintu Khemah TUHAN. Mereka berkata, 3 "Bapa kami meninggal di padang gurun tanpa mempunyai anak lelaki. Dia bukan pengikut Korahyang memberontak terhadap TUHAN. Bapa kami meninggal kerana dosanya sendiri. 4 Tetapi mengapakah namanya lenyap daripada umat Israel hanya kerana dia tidak mempunyai anak lelaki? Berilah kami bahagian tanah bersama dengan sanak saudara bapa kami."
5 Musa menyampaikan perkara mereka itu kepada TUHAN, 6 lalu TUHAN berfirman kepadanya, 7 Bil 36.2"Permintaan anak-anak perempuan Zelafehad itu memang wajar; berilah mereka tanah bersama dengan sanak saudara bapa mereka. Warisan Zelafehad harus diwariskan kepada semua anak perempuannya. 8 Beritahulah umat Israelbahawa apabila seorang lelaki meninggal tanpa mempunyai anak lelaki, tanah pusakanya harus diwariskan kepada anak perempuannya. 9 Jika dia tidak mempunyai anak perempuan, tanah pusakanya harus diwariskan kepada saudara lelakinya. 10 Jika dia tidak mempunyai saudara lelaki, tanah pusaka itu harus diwariskan kepada saudara lelaki bapanya. 11 Jika dia tidak mempunyai saudara atau bapa saudara, tanah pusaka itu harus diwariskan kepada saudara mara yang terdekat kepadanya." Umat Israelharus patuh kepada hukum itu, menurut perintah TUHAN melalui Musa.
Yosua Dipilih Menjadi Pengganti Musa
(Ul 31.1-8)
12 TUHAN berfirman kepada Musa, "Naiklah ke Pergunungan Abarimdan pandanglah tanah yang akan Aku berikan kepada umat Israel. 13 Selepas memandang tanah itu, engkau akan meninggal sebagaimana Harun abangmu juga sudah meninggal, 14 Ul 3.23-27,32.48-52kerana kamu berdua telah melawan perintah-Ku di padang gurun Zin. Apabila segenap umat Israel bersungut-sungut terhadap-Ku di Meriba, kamu tidak menyatakan kuasa-Ku yang suci di hadapan mereka." (Peristiwa itu terjadi di mata air Meribadi Kades, di padang gurun Zin.)
15 Kemudian Musa berdoa, 16 "Ya TUHAN Allah, yang memberikan kehidupan kepada semua yang hidup, aku mohon, lantiklah seorang yang dapat memimpin umat ini, 17 1 Raj 22.17;Yeh 34.5;Mat 9.36;Mrk 6.34seorang yang dapat mengetuai mereka ketika berperang. Jangan biarkan umat-Mu menjadi seperti kawanan domba yang tidak mempunyai gembala."
18 Kel 24.13TUHAN berfirman kepada Musa, "Panggillah Yosua anak Nun. Dia seorang yang berkebolehan. Letakkan tanganmu di atas kepalanya. 19 Suruhlah dia berdiri di hadapan Imam Eleazardan segenap umat. Di hadapan mereka semua engkau harus mengisytiharkan Yosua sebagai penggantimu. 20 Berilah dia sebahagian daripada kekuasaanmu, supaya segenap umat Israelakan taat kepadanya. 21 Kel 28.30;1 Sam 14.41,28.6Yosua harus minta petunjuk daripada Imam Eleazar, dan Eleazarmesti menanyakan kehendak-Ku dengan menggunakan Urim dan Tumim.Urim dan Tumim: Dua benda yang digunakan oleh imam untuk mengetahui kehendak Allah; cara menggunakan benda-benda itu tidak diketahui dengan pasti.Dengan cara ini Eleazarakan memberikan petunjuk kepada Yosua dan segenap umat Israeldalam segala perkara yang dihadapi mereka." 22 Musa melaksanakan perintah TUHAN. Dia menyuruh Yosua berdiri di hadapan Imam Eleazardan segenap umat. 23 Ul 31.23Kemudian Musa meletakkan tangannya di atas kepala Yosua dan mengisytiharkan Yosua sebagai penggantinya, menurut perintah TUHAN kepadanya.
Pessoa
Tribo de Levi
Eleazar
אֶלְעָזָרeləatsarΕλεαζαρEleazar
Eleazar, filho de Arão, sucedeu ao pai como sumo sacerdote e, com Josué, repartiu a terra de Canaã entre as tribos (Números 20:28).
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”

Abarim é a serra onde o Senhor mandou Moisés subir, até o monte Nebo, em Moabe, para ver a terra dada aos israelitas. Israel acampou nos montes de Abarim, defronte de Nebo (Números 33:47).
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Meribá é um lugar de águas em Cades, no deserto de Zim, onde a comunidade de Israel contendeu com o Senhor e Moisés e Arão desobedeceram à ordem de santificar o Senhor diante do povo (Números 27:14).