Tempat Setiap Suku dalam Perkhemahan
1 TUHAN memberikan petunjuk berikut kepada Musa dan Harun. 2 Pada masa orang Israel berkhemah, setiap orang harus berkhemah di bawah panji kumpulannya, dan di bawah lambang puaknya. Khemah-khemah harus dipasang di sekeliling Khemah TUHAN tetapi tidak terlalu dekat.
3-9 Di bahagian timur, orang di bawah panji kumpulan Yehuda harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan OrangYehuda Nahason anak Aminadab 74,600Isakhar Netaneel anak Zuar 54,400Zebulon Eliab anak Helon 57,400Jumlah: 186,400
Kumpulan Yehuda adalah kumpulan pertama yang berangkat.
10-16 Di bahagian selatan, orang di bawah panji kumpulan Ruben harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan OrangRuben Elizur anak Syedeur 46,500Simeon Selumiel anak Zurisyadai 59,300Gad Elyasaf anak Rehuel 45,650Jumlah: 151,450
Kumpulan Ruben adalah kumpulan kedua yang berangkat.
17 Sesudah itu, orang Lewi yang memikul Khemah TUHAN harus berjalan di antara dua kumpulan yang pertama dan dua kumpulan yang terakhir. Tiap-tiap kumpulan harus berjalan menurut susunan semasa berkhemah; masing-masing pada tempatnya dan di bawah panjinya.
18-24 Di bahagian barat, orang di bawah panji kumpulan Efraim harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan OrangEfraim Elisama anak Amihud 40,500Manasye Gamaliel anak Pedazur 32,200Benyamin Abidan anak Gideoni 35,400Jumlah: 108,100
Kumpulan Efraim adalah kumpulan ketiga yang harus berangkat.
25-31 Di bahagian utara, orang di bawah panji kumpulan Dan harus berkhemah menurut kelompok mereka, dengan pemimpin masing-masing:
Suku Pemimpin Bilangan OrangDan Ahiezer anak Amisyadai 62,700Asyer Pagiel anak Okhran 41,500Naftali Ahira anak Enan 53,400Jumlah: 157,600
Kumpulan Dan adalah kumpulan terakhir yang berangkat.
32 Jumlah orang Israel yang didaftarkan di dalam kumpulan-kumpulan itu, kelompok demi kelompok, adalah 603,550 orang. 33 Sebagaimana yang diperintahkan TUHAN kepada Musa, suku Lewi tidak didaftarkan bersama dengan orang Israel lain.
34 Maka orang Israel melakukan semua yang diperintahkan TUHAN kepada Musa. Mereka berkhemah di bawah panji masing-masing, dan mereka berangkat bersama dengan puak masing-masing.