Pular para o conteúdo
Publicidade

Agradecimento

Por Bíblia Online

O agradecimento é a linguagem natural do cristão. Em tudo dai graças! A gratidão a Deus transforma a perspectiva, fortalece a fé e produz alegria em todos os tempos.

Dar graças sempre

Em tudo dai graças, porque esta é a vontade de Deus em Cristo Jesus para convosco. A gratidão é atitude fundamental.

Hendaklah kamu bersyukur dalam segala keadaan, kerana hal inilah yang dikehendaki oleh Allah daripada kamu sebagai orang yang hidup bersatu dengan Kristus Yesus.

Hendaklah kamu sentiasa bersyukur kepada Allah Bapa bagi segala sesuatu, demi nama Yesus Kristus Tuhan kita.

Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah! Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati. Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu.

Hendaklah kedamaian yang diberikan oleh Kristus menolong kamu membuat keputusan tentang apa yang harus dilakukan, kerana Allah telah memanggil kamu supaya menjadi anggota satu tubuh, sehingga kamu dapat mengalami kedamaian itu. Bersyukurlah!

Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati. Segala sesuatu yang kamu lakukan atau katakan, haruslah dilakukan demi nama Tuhan Yesus, sambil bersyukur kepada Allah Bapa bagi apa yang dilakukan oleh Tuhan Yesus untuk kamu.

Petunjuk-Petunjuk

Hendaklah kamu berdoa dengan tekun dan berwaspada, sambil bersyukur kepada Allah.

Janganlah khuatir akan apa pun. Dalam segala hal, berdoalah dan mintalah kepada Allah apa yang kamu perlukan. Apabila berdoa kepada Allah, hendaklah kamu selalu mengucap syukur.

Louvor e gratidão

Entrai pelas portas com ação de graças. Rendei graças ao Senhor porque Ele é bom e a sua bondade dura para sempre.

Masuklah melalui pintu gerbang-Nya dengan ucapan syukur,

pergilah ke halaman Rumah-Nya dengan pujian.

Bersyukurlah kepada-Nya dan pujilah Dia.

Lagu Kesyukuran

Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;

kasih-Nya kekal abadi.

Pujian bagi Kebaikan Allah

"Bersyukurlah kepada TUHAN kerana Dia baik;

kasih-Nya kekal!"

Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran,

dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian.

TUHAN itu Allah yang berkuasa,

raja perkasa yang menguasai semua dewa.

Lagu Pujian

Mazmur. Lagu untuk hari Sabat.

Alangkah baiknya bersyukur kepada-Mu, ya TUHAN,

menyanyi untuk memuji Allah Yang Maha Tinggi,

Orang yang mempersembahkan ucapan syukur sebagai korban untuk menghormati Aku,

dan orang yang taat kepada-Ku akan Kuselamatkan."

Engkaulah Allahku, aku bersyukur kepada-Mu;

aku akan mengagungkan Engkau.

Bersyukurlah kepada TUHAN, kerana Dia baik,

dan kasih-Nya kekal abadi.

Sekarang, ya Allah kami, kami mengucap syukur kepada-Mu dan kami memuji nama-Mu yang agung.

Expressões de gratidão

Graças a Deus pelo seu dom inefável! A gratidão se expressa em oração, louvor e generosidade para com os outros.

Marilah kita bersyukur kepada Allah bagi pemberian-Nya yang tidak terhingga.

Allah akan menjadikan kamu berkecukupan supaya kamu sentiasa dapat bermurah hati. Dengan demikian banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana derma yang kamu kirim melalui kami.

Tetapi kita bersyukur kepada Allah yang memberikan kemenangan kepada kita melalui Yesus Kristus Tuhan kita!

Berkat Allah melalui Kristus

Aku sentiasa bersyukur kepada Allahku bagi kamu, kerana berkat yang sudah dikurniakan-Nya kepada kamu melalui Kristus Yesus.

Doa Kesyukuran

Mula-mula sekali, aku bersyukur kepada Allah melalui Yesus Kristus bagi kamu semua, kerana seluruh dunia mendengar bahawa kamu percaya kepada Yesus.

Mereka mengenal Allah, tetapi mereka tidak menghormati Dia sebagai Allah. Mereka tidak bersyukur kepada-Nya. Sebaliknya mereka memikirkan perkara yang bukan-bukan, dan fikiran mereka dipenuhi kegelapan.

Segala sesuatu diciptakan oleh Allah, dan segala sesuatu berasal daripada Dia, dan untuk Dia. Terpujilah Allah selama-lamanya! Amin.

Semoga TUHAN memberkati dan memelihara kamu.

Semoga TUHAN baik hati dan murah hati terhadap kamu.

Semoga TUHAN berkenan kepada kamu dan memberi kamu kesejahteraan.

Tetapi aku akan menyanyikan puji-pujian bagi-Mu

dan aku akan mempersembahkan korban untuk-Mu.

Aku akan menunaikan segala janjiku.

Engkaulah TUHAN yang menyelamatkan."

Ucapan Syukur dan Doa

Saudara-saudaraku, kami harus sentiasa bersyukur kepada Allah kerana kamu. Memang sepatutnya kami berbuat demikian, kerana kamu semakin percaya kepada Yesus dan kamu semakin mengasihi satu sama lain.

Paulus Menggalakkan Timotius

Aku bersyukur kepada Allah yang aku sembah dengan hati nurani yang murni, seperti yang dilakukan nenek moyangku dahulu. Semasa berdoa, aku bersyukur kepada Allah setiap kali aku teringat akan engkau, baik siang mahupun malam.

aku tidak berhenti-henti bersyukur kepada Allah untuk kamu. Aku mengingat kamu apabila aku berdoa.

Oleh itu, hendaklah kita bersyukur, kerana kita menerima suatu kerajaan yang tidak dapat digoncangkan. Hendaklah kita bersyukur dan menyembah Allah dengan hormat dan takut, menurut cara yang diperkenankan oleh-Nya,

Kami menghargai semuanya itu dan kami sangat berterima kasih kepada tuan.

Yesus melihat mereka lalu berkata, "Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu."

Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh.Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria. Yesus berkata, "Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi? Mengapakah orang bangsa asing ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?" Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku."

Apabila Dia memasuki sebuah pekan, sepuluh orang berpenyakit kulit yang mengerikan datang menjumpai Dia. Mereka berdiri dari jauh dan berseru, "Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!"

Yesus melihat mereka lalu berkata, "Pergilah dan mintalah imam mengesahkan kesembuhan kamu."

Dalam perjalanan ke sana mereka sembuh.Ketika seorang daripada mereka sedar bahawa dia sudah sembuh, dia berpatah balik sambil memuji Allah dengan suara yang kuat. Dia sujud di hadapan Yesus dan mengucapkan terima kasih kepada-Nya. Orang itu orang Samaria. Yesus berkata, "Bukankah sepuluh orang yang disembuhkan? Di manakah yang sembilan orang lagi? Mengapakah orang bangsa asing ini sahaja yang kembali untuk bersyukur kepada Allah?" Lalu Yesus berkata kepada orang itu, "Bangunlah dan pergilah; kamu sembuh kerana kamu percaya kepada-Ku."

Doa Paulus untuk Jemaah di Filipi

Setiap kali aku teringat akan kamu, aku bersyukur kepada Allah.

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.