Buscar a Deus
Buscar a Deus é o chamado mais urgente da Bíblia. Buscai primeiro o Reino de Deus. Os que buscam de todo coração encontram — porque Ele se deixa encontrar pelos que o procuram.
Buscai ao Senhor
Buscai ao Senhor enquanto se pode achar. Buscai e achareis. O Senhor recompensa os que o buscam com diligência.
Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;
berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.
Kembalilah kepada TUHAN semasa masih dapat;
berserulah kepada-Nya semasa Dia masih dekat.
Hukuman Allah bagi Pemberontak
TUHAN berfirman, "Aku bersedia mengabulkan doa umat-Ku, tetapi mereka tidak berdoa kepada-Ku. Aku bersedia ditemui oleh mereka, tetapi mereka tidak cuba mencari Aku. Bangsa ini tidak berdoa kepada-Ku, walaupun Aku sentiasa bersedia menjawab, ‘Inilah Aku. Aku mahu menolong kamu.’
Dia menguatkan orang yang lemah,
dan memberikan kekuatan kepada orang yang tidak berdaya.
Orang muda pun menjadi letih dan lesu;
anak muda pun jatuh kerana keletihan.
Tetapi orang yang berharap kepada TUHAN
akan mendapat kekuatan baru.
Mereka seperti burung rajawali,
yang terbang tinggi dengan kekuatan sayapnya.
Mereka akan berlari dan tidak lelah;
mereka akan berjalan dan tidak menjadi lemah.
Mintalah pertolongan TUHAN;
sembahlah Dia sentiasa.
Mintalah pertolongan TUHAN;
sembahlah Dia sentiasa.
Lalu kepada Salomo, Raja Daud bertitah, "Hai putera beta, hendaklah Allah yang disembah ayahandamu, engkau akui sebagai Allahmu. Engkau harus mengabdikan diri kepada-Nya dengan tulus ikhlas dan rela hati, kerana Dia tahu akan segala fikiran dan keinginan hati kita. Jika engkau mencari Dia, engkau akan mendapatkan Dia, tetapi jika engkau meninggalkan Dia, Dia akan menolak engkau selama-lamanya.
tetapi jika mereka berdoa kepada-Ku lalu bertaubat dan berhenti melakukan perbuatan jahat, maka dari syurga Aku akan mendengarkan mereka, dan mengampunkan dosa mereka, serta menjadikan negeri mereka makmur semula.
lalu dia pergi menghadap Raja Asa. Katanya, "Dengarlah hamba, hai Raja Asa, dan kamu semua penduduk Yehuda dan Benyamin! TUHAN berserta kamu selama kamu berserta Dia. Jika kamu mencari Dia, maka Dia akan berkenan ditemui oleh kamu. Tetapi jika kamu meninggalkan Dia, maka Dia akan meninggalkan kamu.
Raja Asa Mengadakan Pembaharuan
Roh Allah menguasai Azarya anak Obed, lalu dia pergi menghadap Raja Asa. Katanya, "Dengarlah hamba, hai Raja Asa, dan kamu semua penduduk Yehuda dan Benyamin! TUHAN berserta kamu selama kamu berserta Dia. Jika kamu mencari Dia, maka Dia akan berkenan ditemui oleh kamu. Tetapi jika kamu meninggalkan Dia, maka Dia akan meninggalkan kamu. Sudah lama Israel tidak mengabdi kepada Allah yang benar, tidak mempunyai imam-imam yang mengajar mereka, dan tidak mempunyai hukum. Tetapi pada masa kesusahan, mereka minta tolong kepada TUHAN, Allah Israel. Mereka mencari Dia, lalu menemui Dia. Pada masa itu tiada sesiapa pun dapat berpergian dengan selamat, kerana di seluruh negeri terdapat huru-hara. Bangsa yang satu menindas bangsa yang lain, dan kota yang satu menindas kota yang lain, kerana Allah sedang mendatangkan kesusahan dan kecemasan terhadap mereka. Tetapi kamu mesti tabah dan berani. Pekerjaan yang kamu lakukan akan diberikan ganjaran."
Apabila Raja Asa mendengar nubuat Azarya anak Obed, semangatnya berkobar. Baginda membuang semua berhala di Yehuda dan Benyamin, serta semua berhala di kota-kota yang direbut oleh baginda di perbukitan Efraim. Raja Asa memperbaiki mazbah TUHAN yang terletak di halaman Rumah TUHAN.
Banyak orang datang dari Efraim, Manasye dan Simeon, lalu tinggal di dalam kerajaan Raja Asa, kerana mereka telah melihat bahawa TUHAN menolong Raja Asa. Raja Asa memanggil mereka semua bersama-sama penduduk Yehuda dan Benyamin. Mereka semua berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun kelima belas pemerintahan Raja Asa. Pada hari itu mereka mempersembahkan 700 ekor lembu dan 7,000 ekor domba sebagai korban kepada TUHAN; semua itu adalah hasil jarahan. Mereka membuat perjanjian bahawa dengan segenap hati dan jiwa, mereka akan hidup menurut kehendak TUHAN, Allah nenek moyang mereka. Sesiapa sahaja, baik tua atau muda, lelaki atau perempuan, yang tidak hidup menurut kehendak TUHAN, Allah Israel, harus dihukum mati. Dengan suara yang kuat dan atas nama TUHAN, mereka bersumpah untuk memegang perjanjian mereka itu. Selepas itu, mereka bersorak-sorak dan meniup trompet. Segenap penduduk Yehuda bersukacita kerana mereka telah membuat perjanjian itu dengan sepenuh hati. Mereka beribadat kepada TUHAN dengan sungguh-sungguh, maka mereka pun diperkenankan TUHAN dan diberikan keamanan di seluruh negeri.
Raja Asa menurunkan kedudukan neneknya, Maakha sebagai bonda ratu, kerana baginda telah membuat sebuah patung cabul untuk Dewi Asyera, dewi kesuburan. Raja Asa merobohkan patung itu, menetaknya, lalu membakarnya di Lembah Kidron. Walaupun Raja Asa tidak memusnahkan semua tempat penyembahan berhala di negeri itu, namun baginda tetap setia kepada TUHAN seumur hidupnya. Baginda meletakkan semua benda yang telah ditahbiskan oleh ayahandanya, di dalam Rumah TUHAN. Di sana Raja Asa juga meletakkan benda-benda emas dan perak yang telah ditahbiskannya sendiri. Peperangan tidak berlaku sehingga pada tahun ketiga puluh lima pemerintahannya.
De todo o coração
Buscar-me-eis e me achareis quando me buscardes de todo o coração. O Senhor é bom para os que o buscam.
Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati.
Kamu akan mencari Aku dan kamu akan menemui Aku, kerana kamu mencari Aku dengan sepenuh hati.
Firman-Ku bagaikan api, dan bagaikan tukul yang menghancurkan batu.
Di sana kelak kamu akan mencari TUHAN, Allah kamu, dan jika kamu mencari-Nya dengan segenap hati, kamu akan menemui Dia.
Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya,
dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.
Berbahagialah mereka yang menurut perintah-Nya,
dan mentaati Dia dengan sepenuh hati.
Dengan sepenuh hati aku berusaha untuk mentaati Engkau;
jangan biarkan aku menyimpang daripada perintah-Mu.
Jiwaku hancur kerana kesedihan;
kuatkanlah aku menurut janji-Mu.
Maka aku akan hidup dengan bebas,
kerana aku berusaha untuk mematuhi ajaran-Mu.
Mintalah pertolongan TUHAN,
sembahlah Dia sentiasa.
Mintalah pertolongan TUHAN,
sembahlah Dia sentiasa.
Hatiku berkata, "Marilah menyembah Dia."
Aku segera datang, ya TUHAN;
Rindu akan Allah
Mazmur Daud, semasa dia di padang gurun Yehuda.
Buscar e encontrar
Pedi e dar-se-vos-á. O Senhor está perto de todos os que o invocam em verdade. Quem o busca não ficará insatisfeito.
Minta, Cari, dan Ketuk
"Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu.
Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu. Hal itu demikian kerana setiap orang yang meminta sesuatu daripada Allah akan menerimanya; setiap orang yang mencari sesuatu daripada Allah akan mendapatnya, dan Allah akan membuka pintu bagi setiap orang yang mengetuknya.
Oleh itu Aku berkata kepada kamu: Mintalah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan menerimanya. Carilah sesuatu daripada Allah, maka kamu akan mendapatnya. Ketuklah pintu, maka Allah akan membukanya bagi kamu.
Sebaliknya, utamakanlah Pemerintahan Allah dengan melakukan apa yang dikehendaki oleh Allah, maka semua itu akan diberikan oleh Allah kepada kamu."
Anak Manusia datang untuk mencari dan menyelamatkan orang yang sesat."
TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,
tempat perlindungan pada masa kesusahan.
TUHAN adalah pernaungan bagi orang yang ditindas,
tempat perlindungan pada masa kesusahan.
Agungkanlah TUHAN bersama dengan aku,
marilah bersama-sama memuji nama-Nya.
Hormatilah TUHAN, hai semua umat-Nya,
kerana orang yang mentaati-Nya tidak akan berkekurangan.
Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,
dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.
Dari syurga TUHAN memandang umat manusia
untuk mencari orang yang bijak,
orang yang menyembah Dia.
Allah Maha Tahu dan Memelihara Semuanya
Untuk pemimpin koir. Mazmur Daud.
Ya TUHAN, Engkau telah menyelami hatiku,
dan Engkau mengenal aku.
Engkau mengetahui segala perbuatanku;
dari jauh Engkau memahami fikiranku.
Merekalah yang akan diberkati dan diselamatkan TUHAN,
dan dinyatakan tidak bersalah oleh Allah.
Orang seperti itulah yang datang menghadap Allah,
merekalah yang datang menyembah Allah Yakub.
Força na busca
Buscai o bem e não o mal. Sede fortalecidos no Senhor. A busca por Deus traz renovação e plenitude de vida.
TUHAN berfirman kepada umat Israel, "Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.
TUHAN berfirman kepada umat Israel, "Kembalilah kepada-Ku, maka kamu akan hidup.
Berusahalah untuk berbuat baik dan jangan berbuat jahat, supaya kamu hidup. Maka TUHAN Allah Yang Maha Kuasa akan sungguh-sungguh menyertai kamu seperti yang kamu katakan.
Aku berdoa kepada Allah supaya daripada berkat-Nya yang berlimpah-limpah di syurga, Dia menguatkan batin kamu dengan Roh-Nya.
Perlengkapan Senjata daripada Allah
Akhirnya, binalah kekuatan kamu dengan menerima kekuatan daripada kuasa Tuhan, kerana kamu hidup bersatu dengan Dia.
Semoga kamu dikuatkan oleh Allah dengan kuasa-Nya yang mulia, sehingga dapat menanggung derita dengan sabar. Dengan sukacita bersyukurlah kepada Bapa, yang telah menjadikan kamu layak menerima apa yang disediakan oleh Allah untuk umat-Nya dalam pemerintahan yang penuh dengan cahaya daripada Allah.
Roh yang diberikan oleh Allah kepada kita tidak menjadikan kita penakut, sebaliknya Roh Allah melengkapi kita dengan kuasa, kasih, dan kekuatan untuk mengawal diri.
Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.
Tanpa iman, tidak seorang pun dapat menyenangkan hati Allah. Orang yang datang kepada Allah mesti percaya bahawa Allah wujud, dan bahawa Allah menganugerahi orang yang mencari-Nya.
Tetapi kamu akan menerima kuasa, apabila Roh Allah datang kepada kamu. Lalu kamu akan menjadi saksi-saksi-Ku di Yerusalem, di seluruh Yudea, dan Samaria, serta sampai ke hujung bumi."
Semoga TUHAN membalas segala kebaikanmu. Semoga kamu menerima apa yang patut diberikan kepadamu oleh TUHAN, Allah Israel, kerana kamu telah datang untuk berlindung kepada-Nya!"
Tiba-tiba Simson menjadi kuat oleh kuasa TUHAN. Lalu Simson mencabik-cabikkan singa itu dengan tangannya, seolah-olah binatang itu hanya seekor anak kambing. Simson tidak memberitahu perkara itu kepada ibu bapanya.
Kemudian Simson berdoa, "Ya TUHAN Raja, ingatlah akan aku. Tolonglah aku hanya sekali ini, ya Allah. Berilah aku kekuatanku semula supaya dengan tindakan ini aku dapat membalas dendamku terhadap bangsa Filistin yang telah mencungkil kedua-dua biji mataku."
Lebih baik berlindung kepada TUHAN,
daripada mengharapkan manusia.
Lebih baik berlindung kepada TUHAN,
daripada mengharapkan pemimpin.
Orang yang mendapat isteri, mendapat sesuatu yang baik. Hal ini bermakna TUHAN memperkenan orang itu.
begitu juga hikmat baik bagi jiwamu. Jika kamu memperoleh hikmat, masa hadapanmu terjamin dan harapanmu tidak hilang.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.